| Ia dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan ngo negeri, Abdul Fatah Mahmood yang melahirkan rasa dukacita cara berkempen BN pada pilihanraya kecil Dun Galas itu. Menurutnya, mengikut aduan masyarakat terbabit mereka dikurung oleh pemimpin Umno dalam tempoh pilihanraya kecil itu sambil disajikan dengan minuman keras dengan alasan untuk meraikan mereka. (Gambar fail: Orang Asli dipakaikan baju khas sebelum dihantar untuk mengundi) “Akibatnya selepas kejadian itu surau begitu lengang tanpa dihadiri oleh masyarakat Orang Asli yang beragama Islam untuk beribadat. “Kita amat kecewa, tarbiah demi tarbiah telah diberikan oleh kerajaan negeri melalui agensinya serta pihak-pihak lain, namun telah dirosakkan oleh oleh pemimpin Umno untuk kepentingan politik mereka,”ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Sultan Kelantan sempena pembukaan persidangan Dun Kelantan yang ke-12. Katanya, sepatutnya kenyataan ‘minum arak’ kerana marahkan kerajaan negeri tidak didengar dalam dun yang mulia ini. “Satu kenyataan yang amat tidak wajar disebut oleh Adun yang beragama Islam, jadi tidak hairan kalau Adun Galas mengeluarkan kenyataan sedemikian,”ujarnya lagi. Pada masa yang sama, beliau mendedahkan ada beberapa orang masyarakat Orang Asli memohon dipindahkan di tempat lain kerana tidak tahan dengan tekanan BN di situ. Tambahnya, kerajaan negeri akan mengambil perhatian berhubung perkara itu. Sumber : Harakah |
Khamis, 3 Mac 2011
Orang Asli dijamu arak di Galas
Anwar: Cukup aib, alat sulit diukur, dubur diperiksa
Bicara dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan semalaman antara 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - boleh dikemukakan sebagai barangan bukti, bersambung petang ini.
"Kami terpaksa berhenti serta-merta.
Katanya ketika itu beliau berada di belakang kereta manakala peguambelanya, Sankara Nair di bahagian depan.
"Sudah tentu kita terpaksa berhenti. Sankara keluar dan seorang anggota menghampiri. Saya diminta terus berada dalam kereta.
"Polis berkata: Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar."
"Polis berkata: Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar."
Katanya, Sankara juga menghalangnya daripada keluar.
Menurutnya lagi, anggota polis itu mengarahkan beliau ke kenderaan mereka.
"Apahal buat saya macam ini lagi," kata Anwar ketika menceritakan peristiwa tangkapannya itu kepada hakim Mahkamh Tinggi, Datuk Mohd Zbidin Mohd Diah.
"Saya bagi tahunya (pegawai polis itu) saya mahu berjumpa dengan Jude (Pereira) pada jam 2 petang dan telahpun memaklumkan kepadanya. Mengapa saya dilayan seperti ini?”

Mahkamah kemudiannya memangil pegawai yang menahan Anwar, Supt Ahmad Taufik.
Menurut ketua pembangkang itu, beliau kemudian diarahkan ke bilik mesyuarat IPK KL (Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur).
Sankara dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah datang kemudiannya.
"Saya bertanya mengapa mereka melakukan saya sedemikian tetapi mereka berkata mereka mahu kerjasama saya dalam hal ini meskipun saya nyatakan saya mahu jumpa Jude.”

Zakar, dubur diperiksa
Seterusnya, Anwar berkata kenyataannya dirakamkan sekitar jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan selepas itu sekali lagi diarahkan ke bilik mesyuarat.
"Saya tanya mereka, 'awak minta saya beri keterangan, apa lagi mahu?' Mereka sepatutnya membebaskan saya.”
"Sebaliknya mereka bawa saya ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan tiba selepas jam 8 malam pada 16 Julai 2008."
Anwar berkata beliau kemudian terpaksa menjalani pemeriksaan yang cukup mengaibkan dan hanya bertujuan memalukan beliau.
"Saya nyatakan kenyataan laporan perubatan saya telah disorok oleh pendakwaraya. Dua orang doktor suruh saya menanggalkan pakaian dan mengukur alat sulit. Saya melihat ini tidak ada tujuan dan hanya untuk memalukan saya. Ini tidak dikemukakan oleh pendakwaraya? kata Anwar.
"Kesemua tujuan adalah untuk memanipulasi bahan bukti dan mahu menghukum saya sebelum saya diberi peluang untuk memberi kenyataan," katanya.

Perkara itu dilakukan setelah pegawai penyiasat Pereira, peguamnya dan jururawat diminta beredar.
"Doktor-doktor kemudian bertanyakan tentang dakwaan meliwat itu.”
Anwar berkata laporan perubatan itu tidak ditandatangani oleh doktor berkenaan.
Selepas pemeriksaan itu, Anwar dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada jam 11 malam.
Mengimbau pengalamannya bermalam di Sel D9 di balai itu, Anwar berkata keadaan lokap amat menyedihkan walaupun beliau masih belum dikenakan sebagai tuduhan atau diberitahu asas-asas penangkapannya.
"Saya tanya polis dan Jude, 'bila mahu bebaskan saya?

"Dan kata mereka, 'Awak akan pulang sebentar lagi'. Sebaliknya mereka bawa saya ke lokap.”
Anwar juga mendakwa Superintendent Yahya Abdul Rahman kemudian membekalkannya dengan air minuman berbotol, tuala, berus gigi, ubat gigi dan sabun.
Tandas tidak bersih
Menceritakan keadaan di lokap itu, Anwar berkata geriji besi terdapat di keempat-empat sudut. Beliau beliau merayu kepada anggota polis untuk menyediakan tempat tidur kerana keadaan tulang belakangnya yang sakit tidak tahan tidur di lantai simen.
"Saya tidak jangkakan layan VIP tetapi keadaan agak buruk manakala tandas pula tidak bersih.”

Anwar berkata permintaan untuk sebuah tilam untuk bermalam di sel itu ditolak walaupun pihak polis diberitahu beliau masih menghadapi sakit tulang belakang yang kronik.
Ketika disoal-balas, Anwar berkata tidak ada anggota polis yang memaklumkan kepadnya yang dia ditahan kerana kesnya itu.
Walaupun mengesahkan bahawa tiada penderaan fizikal, Anwar mengadu beliau diheret ke kenderaan polis.
Walaupun mengesahkan bahawa tiada penderaan fizikal, Anwar mengadu beliau diheret ke kenderaan polis.
Peguam Sankara Nair yang kemudian mengambil tempat di kandang saksi mengesahkan keterangan Anwar ditahan menggunakan kekerasan tanpa diberitahu asas-asas penangkapan itu.
Perbicaraan dalam perbicaraan akan bersambung esok jam 9 pagi dengan pihak pembelaan memanggil Sivarasa Rasiah sebagai saksi berhubung kejadian penahanan ketua pembangkang itu pada Julai 2008.
Perbicaraan dalam perbicaraan akan bersambung esok jam 9 pagi dengan pihak pembelaan memanggil Sivarasa Rasiah sebagai saksi berhubung kejadian penahanan ketua pembangkang itu pada Julai 2008.
Sumber : Malaysiakini
Protes saman ekor dengan kertas undi
| Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Abdul Wahab menyeru para pengundi PRK Dun Merlimau supaya menzahirkan protes terhadap saman ekor melalui kertas undi pada 6 Mac ini. Katanya, inilah masa yang terbaik dan peluang terdekat bagi rakyat khususnya para pengundi di Merlimau menunjukkan sikap mereka terhadap saman ekor yang seolah-olah merompak wang rakyat. Menurutnya, kerajaan BN perlu diajar melalui peti undi supaya mendengar keluhan dan rintihan rakyat ekoran menjadi mangsa saman ekor yang dipertikaikan pelaksanaannya sejak dahulu lagi. “Saya menyeru para pengundi di Dun Merlimau supaya menolak BN dan mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk memberi peringatan kepada BN supaya jangan sekali-kali mendera rakyat melalui saman ekor,” katanya. Beliau berkata, walaupun banyak isu yang boleh membuka minda rakyat untuk menolak Umno BN terutama pada PRK Merlimau, namun saman ekor adalah isu yang melibatkan rakyat secara umum. “Kerajaan BN tidak mahu mendengar pandangan rakyat supaya dimansuhkan saman ekor, jadi eloklah rakyat membantah melalui peti undi dengan mengundi calon PAS di Merlimau dan Kerdau pada 6 Mac ini,” katanya. Sebelum ini, Ketua Pnerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta semua jentera penerangan parti supaya menyemarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. Ini, katanya kerana masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam sehingga pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac ini. “Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. Sila naikkan kain rentang di seluruh negara,” ujarnya. Sumber: Harakah |
Langgan:
Catatan (Atom)