| PAS menyifatkan penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan oleh pihak tertentu merupakan hasutan melampau terdapat PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau. “PAS hari ini menerima satu risalah yang berbau hasutan dan melahirkan dukacita terhadap penyebaran,” ujarnya pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Kerdau, dekat sini, pagi ini. (Gambar: Tuan Ibrahim menunjukkan sebahagian kandungan risalah berkenaan.) Turut serta pada sidang media itu ialah Setiausaha dan Pegawai Media PAS Pahang, Roslan Zainal dan Hashim Abdullah. Katanya, risalah yang diedarkan kepada para pengundi itu menggambarkan satu hasutan yang melampau, seolah-olah akan berlaku satu suasana huru hara dan kekejaman yang disertai gambar potong kepala. “Risalah ini diletakkan logo Pakatan Rakyat yang saya fikir sebagai satu pencabulan atau hasutan kepada rakyat. “Kita akan membuat satu laporan polis pada hari ini berhubung dengan penyebaran risalah yang berbau hasutan ini,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS. Tambahnya, risalah itu telah diedarkan kepada para pengundi di kawasan Dun Kedau dan PAS menafikan ia adalah daripada Pakatan Rakyat. Tegasnya, risalah yang mengandungi lapan halaman itu merupakan satu tuduhan dan tohmahan bagi menjawab isu 100 Hari janji Pakatan Rakyat. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang memberitahu sedangkan Buku Jingga akan diedar dan dilancarkan pada sebelah malam 26 Februari ini. “Belumpun Buku Jingga dilancarkan, serangan terhadapnya telah dibuat,” ujarnya. Ini, katanya menggambarkan ketakutan Barisan Nasional terhadap Buku Jingga. Sumber: Harakah |
Sabtu, 26 Februari 2011
Hasutan melampau warnai Kerdau
Kerajaan Tak Cadang naikkan Ron95
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak dapat menjangka sekiranya harga minyak akan terus terjejas ekoran keadaan politik yang tidak stabil di Timur Tengah.
Katanya, kerajaan bagaimanapun akan terus menyemak harga berkenaan untuk masa akan datang.
"Kita akan semak. Saya tak boleh kata apa-apa untuk masa akan datang.
"Maksudnya untuk masa ini kita tidak ada cadangan untuk naikkan harga minyak.
"Kalau keadaan di Timur Tengah ini dapat reda cepat, jadi dia akan menurun. Jadi harga RON98 akan menurun. Itu yang kita janjikan," katanya.
Jelasnya, kerajaan hanya mengawal harga RON95 yang ditetapkan dengan subsidi kerajaan.
"Kita akan pantau keadaan ini. Buat masa ini tidak ada langkah untuk kita menaikkan harga minyak RON95. RON97 diapung mengikut harga pasaran.
"(Bagi) RON95, harga yang ditetapkan kerajaan mengikut jumlah subsidi yang begitu besar.
"Kita peruntuk subsidi RM10.3 bilion dalam bajet tahun ini tapi kalau tidak ada perubahan harga, jumlah subsidi kita akan meningkat dengan agak ketara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur hari ini.
"Apa juga keputusan ini kita akan ambil kira beban pada rakyat. Ini akan kita utamakan walau kita terpaksa keluar subsidi besar.
"Tapi kerajaan memahami bahawa apa yang kita pentingkan adalah belanja atau kos hidup rakyat yang kita perlu kawal supaya kadar inflasi kita tidak meningkat lebih tinggi daripada sekarang ini.
"(Kadar inflasi) masih terkawal tapi kita tak mahu terlalu tinggi kerana ini akan menjadi satu sungutan di kalangan rakyat," katanya lagi.

Pasukan Kelantan terus mempertahankan rekod tanpa kalah biarpun terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Star malam ini.
Kelantan masih kekal di kedudukan teratas liga dengan mengumpul 11 mata selepas lima perlawanan.
Pasukan tuan rumah, Kedah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-56 menerusi Azlan Ismail.
Gol skuad bimbingan Datuk M. Karathu disumbangkan oleh Norsharul Idlan Talaha pada minit ke-78.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah menang tipis ke atas Kuala Lumpur 2-1.
Pasukan Terengganu yang menguasai permainan membuka jaringan pada minit ke-38 menerusi Abdul Hadi Yahya dan Mohamad Ashaari Samsudin pada minit ke-53.
Gol bagi pasukan pelawat dijaringkan Yong Kuang Yong pada minit ke-83.

Rabu, 23 Februari 2011
Pemain muda harapan United
Manchester United akan bergantung harap kepada pemain-pemain muda apabila berdepan kelab Perancis, Marseille dalam saingan Liga Juara-juara Eropah.
Kecederaan kepada Rio Ferdinand (betis), Ryan Giggs (hamstring), Michael Owen (pinggang), Jonny Evans (pergelangan kaki) dan Anderson (lutut) bermakna tugas berat kini menanti pemain-pemain muda.
Chris Smalling akan bermain sebagai pertahanan tengah bergandingan dengan kapten, Nemanja Vidic manakala Michael Carrick dijangka beraksi buat pertama kalinya dalam saingan Eropah semenjak pulih dari kecederaan.
Kembar dari Brazil, Fabio dan Rafael juga turut ke Perancis bersama-sama dengan Joshua King, Ryan Tunnicliffe, Gabriel Obertan dan Bebe.
Penyerang, Dimitar Berbatov pasti menjadi pemain tumpuan lebih-lebih usahanya mencari gol pertama dalam saingan Eropah musim ini selepas menghasilkan 19 gol di Liga Perdana.
Sepakan gunting Wayne Rooney ketika menang 2-1 menentang Manchester City pastinya memberi suntikan semangat untuknya beraksi lebih cemerlang.
Tetapi Rooney terpaksa berdepan dengan pemain pertahanan berpengalaman, Gabriel Heinze yang dahulunya juga rakan sepasukannya di United.
Heinze yang amat memahami gaya permainan Rooney sebelum dia ke Real Madrid pasti mempunyai taktik tersendiri untuk menyekat kemaraan Rooney.
Jurulatih Marseille, Didier Deschamps juga ada masalah kecederaan dalam pasukannya.
Marseille akan turun tanpa Loic Remy dan Brandao yang masing-masing cedera di pergelangan kaki manakala Andre-Pierre Gignac masih belum cergas.
Sumber : Astro Arena

Ahad, 20 Februari 2011
12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru
| PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia. Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini. Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar. PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa: 1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas; 2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia; 3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu; 4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah; 5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera; 6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain; 7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam; 8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti; 9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu; 10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang; 11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan; 12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang. Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua. "Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita'arafu yakni Politik Saling Menghormati. "Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa. Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan. Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid. Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat. Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan. Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol; Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat; Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa; Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan; Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat; Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan; Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah. Sumber : Harakah |
Saman ekor: Bukti BN kejam pada rakyat
| Setelah sekian lama kaedah saman ekor ini dipertikaikan oleh rakyat tetapi kerajaan BN masih melaksanakannya. Lebih mendukacitakan rakyat ialah belum ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil tindakan "blakck list" ke atas rakyat kecuali Datuk Seri Najib. Malahan Tun Mahathir di mana di zamannyalah saman ekor diperkenalkan tetapi beliau sendiri tidak menngambil tindakan blacklist. Apakah kerana kerajaan pimpinan Najib benar-benar terdesak kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik? Antara kelemahan saman ekor yang paling ketara kezalimannya ialah: i. Saman dikeluarkan ke atas kenderaan bukan pemandu. Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya penganiayaan. Kita sedia maklum banyak kenderaan di atas jalan yang dipandu bukan oleh pemiliknya. Contohnya suami memandu kereta milik isteri, anak memandu kereta ayahnya, adik memandu kereta kakak dan juga kawan memandu kereta kawan. Kita ada terbaca bagaimana seorang ibu terpaksa bergadai bergolok untuk menyelesaikan saman anaknya bernilai ribuan ringgit yang memandu keretanya. dan kesannya kepada anaknya. tiada apa-apa kerana yang menyelesaikan saman ialah ibunya. Malahan dalam keadaan sekarang di mana pembiayaan pinjaman kereta sehingga 9 tahun, ramai yang menjual kereta melalui kaedah “sambung bayar” kerana bagi mengelakkan kerugian susut nilai. Bagaimana pula dengan kereta yang menggunakan plat kenderaan palsu. Saya ada seorang kawan yang sengaja membuang 1 nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan saman ekor. Dan terbukti setelah lebih 10 tahun dia memandu “kaedah”nya memang berkesan. ii. Saman disampaikan secara postal bukan secara terus Pemilik kenderaan yang mana kenderaannya melakukan kesalahan had laju akan menerima makluman melalui pos. Kelemahannya di sini ialah jarak tempoh yang lama dari tarikh kesalahan kenderaan di buat dengan tarikh penerimaan surat saman. Ada yang menerimanya 2 atau 3 bulan setelah kesalahan dibuat dan ada yang selepas hampir setahun. Malahan ada yang tidak terima sebarang makluman langsung. Ini menyukarkan pemilik kenderaan mengingati siapa yang memandu pada ketika kesalahan dibuat. Kaedah menamakan pemandu di keratan penghujung surat saman juga dilihat tidak praktikal kerana tarikh kejadian yang telah lama serta hanya akan menyebabkan pertengkaran sesama saudara atau dengan rakan. iii. Jumlah saman yang dikenakan sama tanpa mengira had laju Jumlah kompaun yang sama iaitu RM300 biasanya dikena tanpa mengira had laju yang di catatkan adalah amat tidak adil. Kalau kita lihat dalam undang-undang contohnya rasuah, denda yang dikenakan bebeza mengikut jumlah rasuah yang di ambil, begitu juga dalam pengedaran dadah. Justeru PDRM sewajarnya mengenakan jumlah saman yang bebeza bergantung pada had laju. Contohnya kereta yang dipandu melebihi had laju tetapi masih di bawah had laju kebangsaan iaitu 90km sejam dikenakan saman RM100. Seperti memandu 78km di kawasan had laju 60km. Mereka yang memandu melebihi 90km hingga 110km dikenakan saman RM200 dan yang memandu melebihi 110km barulah dikenakan kompaun maksimum RM300. Rasionalnya ialah mereka yang memandu di bawah 90km ini bukan dalam golongan “kaki racing”, mereka cuma kadang tidak terpandang papan tanda hadlaju atau jalan yang lengang ketika itu. Tetapi mereka yang memandu melebihi 110km sejam memanglah boleh di kategorikan sebagai “kaki racing” yang boleh menyebabkan kemalangan dan wajar dikenakan kompaun maksimum. iv. ‘Blacklist’ hendaklah dibuat setiap tahun bukan setelah 10 tahun PDRM dan JPJ sepatutnya menyenarai hitam pemandu yang enggan membayar saman ini setiap tahun bagi mengelakkan ianya tertunggak telalu lama yang mana akan menyukarkan pemandu untuk membayar jumlah yang terlalu banyak seperti yang berlaku sekarang. Walaupun kerajaan ada memberi insentif diskaun tetapi apabila jumlah yang terkumpul terlalu lama ianya pasti menjadi bebanan kepada rakyat untuk menjelaskannya dalam masa yang singkat. Bukan semua rakyat berkemampuan lebih-lebih lagi ketika ekonomi jatuh seperti sekarang. Kita tidak mahu natijahnya nanti lebih teruk di mana mereka akan mamandu kenderaan tanpa cukai jalan bagaimana nanti jika berlaku kemalangan? Dan lebih parah lagi ada yang maminjam along untuk menyelesaikan saman bagi memastikan mereka boleh memperbaharui cukai jalan. Maka boleh kita simpulkan di sini kaedah penyelesaian yang terbaik ialah pihak PDRM perlu mengkaji mekanisma baru bagi perlaksanaan saman ekor ini. Antaranya ialah seperti yang pernah PDRM lakukan sekitar tahun 1990-an. Di mana pada ketika itu saman ekor di buat secara “tembak, tahan dan tulis saman” (3T). Kereta yang dipandu melebihi had laju akan dikesan oleh seorang anggota polis lalu akan ditahan selepas 1 atau 2 kilometer dari tempat kejadian oleh 2 atau 3 orang anggota polis lain serta saman terus di beri kepada pemandu. Ini secara langsung akan menyelesaikan semua masalah. Sekiranya PDRM menghadapi masalah kekurangan anggota mohonlah pertambahan anggota bukannya menjadi pak turut untuk melakukan kezaliman kepada rakyat. Justeru saya amat-amat berharap kempen anti saman ekor (Kase) oleh PAS ini dapat terus diperjuangkan sehingga tercapai matlamatnya. LAWAN TERUS LAWAN! Kerajaan BN mesti diajar bahawa rata-rata rakyat faham akan rasionalnya penggunaan perangkap had laju, rakyat bersedia untuk membayar saman sekiranya perlaksanaannya teratur dan telus bukannya dengan cara menzalimi rakyat. Dan apa yang lebih jijik lagi ialah menjadikannya sumber pendapatan haram kerajaan. Sumber : Harakah |
Najib cabar Pakatan kemuka kabinet bayangan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencabar Pakatan Rakyat yang begitu berhasrat untuk memerintah negara supaya memperlihatkan bayangan kabinet mereka kepada rakyat.
Namun beliau berkata kalau di negara luar, penubuhan kabinet bayangan di kalangan parti pembangkang merupakan satu perkara biasa.
"Di Malaysia kita cuma ada kabinet kerajaan sahaja. Pembangkang tidak mampu dan tidak tahu untuk memberikan portfolio kepada tokoh yang sesuai di kalangan mereka," katanya semasa berucap di majlis jamuan rakyat dan sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Politeknik di Merlimau malam ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang rakyat.
Perdana Menteri berkata Pakatan Rakyat merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang, mereka hanya pandai membuat gambaran untuk menunjukkan yang mereka padu.

'Parti Keluar Ramai-Ramai'
"Tetapi macam mana mereka hendak tubuh kerajaan, kalau mereka masih gagal membuat perkara yang mudah (bentuk kabinet bayangan) macam ini pun tidak mampu," katanya.
Najib juga mengajak rakyat supaya memerhatikan keadaan PKR yang kini semakin nazak akibat perpecahan yang sedang berlaku dari dalam parti itu.
Beliau mahu rakyat melihat keadaan di mana seorang demi seorang pemimpin penting di dalam PKR meninggalkan parti itu seperti ketua pemuda, ketua wanita, ahli-ahli dewan undangan negeri dan parlimennya.
Secara berjenaka, beliau berkata beliau mahu menggelarkan parti PKR sebagai "Parti Keluar Ramai-Ramai".
Mengenai PAS pula, beliau mahu rakyat melihat secara mendalam tentang janji-janji yang telah dibuat oleh parti itu kerana sehingga sekarang belum terdapat perkara yang benar-benar berkesan yang telah dilakukan parti itu kecuali melaungkan slogan semata-mata.
Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana gagasan 1Malaysia yang beliau ilhamkan diterima baik oleh rakyat ke arah mengerakkan negara dan rakyat ke tahap yang lebih maju.
- Bernama
"Tetapi macam mana mereka hendak tubuh kerajaan, kalau mereka masih gagal membuat perkara yang mudah (bentuk kabinet bayangan) macam ini pun tidak mampu," katanya.
Beliau mahu rakyat melihat keadaan di mana seorang demi seorang pemimpin penting di dalam PKR meninggalkan parti itu seperti ketua pemuda, ketua wanita, ahli-ahli dewan undangan negeri dan parlimennya.
Secara berjenaka, beliau berkata beliau mahu menggelarkan parti PKR sebagai "Parti Keluar Ramai-Ramai".
Mengenai PAS pula, beliau mahu rakyat melihat secara mendalam tentang janji-janji yang telah dibuat oleh parti itu kerana sehingga sekarang belum terdapat perkara yang benar-benar berkesan yang telah dilakukan parti itu kecuali melaungkan slogan semata-mata.
Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana gagasan 1Malaysia yang beliau ilhamkan diterima baik oleh rakyat ke arah mengerakkan negara dan rakyat ke tahap yang lebih maju.
- Bernama
Langgan:
Catatan (Atom)