Jumaat, 25 Mac 2011

Eskay didakwa sakit hati kerana jambatan bengkok


Seorang bekas pengawal peribadi mendakwa kontroversi video seks politik yang terbaru muncul kerana ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berang dengan ketua umum PKR yang enggan membalas 'jasanya'.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat dengan seorang menteri mendakwa Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.

NONEMahti, seorang anggota Unit Tindakan Khas polis yang kemudiannya berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada bekas timbalan menteri dalam negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, adalah antara saksi dalam kes berkenaan.

Dalam keterangannya, Mahti berkata Megat Junid telah menyerahkan surat tawaran daripada Unit Perancangan Ekonomi kepada Eskay bagi membantu projek berkenaan diserahkan kepada Merong Mahawangsa Sdn Bhd.

Eskay menyaman Merong Mahawangsa dan pengarahnya Datuk Yahya Abdul Jalil sebanyak RM20 juta kerana melanggar syarat kontrak.
Tambak Johor
"Hanya selepas itu, saya tahu Eskay ditawarkan projek bagi membina jambatan baru menggantikan tambak Johor,” katanya kepada mahkamah.

Menurut Mahti, beberapa hari sebelum tayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berjumpa dengannya dan memohon sama ada beliau boleh mendapatkan perkhidmatan empat anggota Unit Tindakan Khas (UTK).
NONENamun, Mahti berkata beliau tidak mahu terbabit dengan apa yang dirancang oleh Eskay dan memaklumkan kepada ahli perniagaan itu beliau enggan mendengar sebarang butiran perkara tersebut.

Mahti juga berkata ahli perniagaan yang mempunyai hubungan yang meluas itu memberitahunya tayangan video lucah itu mendapat sokongan orang 'nombor satu'.
“Dia bagitau dia buat ini untuk "number 1" itu dari mulut dia sendiri. Saya tak percaya dan tak mahu terlibat. ...dia nak cerita keburukan Anwar tapi saya tak nak dengar, takut terjebak," katanya.
Mahti bagaimanapun berkata beliau tidak mempercayai Eskay dan berpendapat Najib tidak terbabit dengan video seks itu seperti yang didakwa oleh Eskay.
Sayang Najib

“Saya sayang Najib dan takut dia ni cuba nak kaitkan Najib,” katanya.
Menurut Mahti, Eskay juga cuba memburuk-burukkan bekas timbalan perdana menteri itu tetapi tidak diendahkannya.
NONE"Lepas saya beri keterangan kita ada keluar makan dia marah-marah pasal Anwar, sebab tak mau jadi saksi dia.

“Dia maki hamun Anwar, kata apa jadi pun saya akan jatuhkan Anwar. Dia kata Anwar ada ambil duit yang sepatutnya untuk dia.

“Dia kata dia dah banyak tolong Anwar. Anwar tak guna, sedangkan dia tolong macam-macam. Dia kata dia bawa Anwar ke Singapore guna kereta kerabat diraja Johor pada tahun 90an pergi buat DNA. Shamsidar dan anak-anak semua dia bawa tiba-tiba Anwar tak mau bantu dia," katanya dengan panjang lebar.
Menurut Mahti lagi, Eskay juga membawanya ke rumah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

“Shuib nampak keberatan. Orang tua orang baik, saya kenal dia,” katanya.
azlanDitanya oleh wartawan sama ada beliau diminta oleh Anwar bagi mengadakan sidang akhbar hari ini, Mahti berkata tidak ada sesiapa yang mengarahkannya berbuat demikian.

“Lillahi Taala saya tak jumpa Anwar atau Anwar (ada) panggil saya. Apa saya buat ini sebab dia manusia tak kenal budi... pembohong besar. Tak ada siapa yg suruh,” katanya.
Selain Eskay dan Shuib, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Sumber : Malaysiakini

Rahim, Eskay nafi ditahan, Shuib di Bukit Aman


Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, masing-masing menafikan mereka ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal dengan seorang wanita.

NONELaporan the Star Online hari ini berkata kedua-dua mereka dipercayai ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.
"Apa? Saya tak tahu yang saya ditangkap. Sekarang ini saya di rumah. Saya hanya ke (ibu pejabat) polis malam tadi bagi membantu siasatan mereka dan setelah beri keterangan, saya pulang ke rumah.

"Tiada disebut mereka mengenai tangkapan. Mungkin mereka (the Star) anggap beri keterangan malam tadi sebagai tangkapan. Saya tidak tahu. Saya di rumah,” kata Rahim.
Eskay pula yang sedang tidur, ketika dihubungi melalui telefon juga terkejut apabila diberitahu mengenai laporan portal berita itu.

NONE"Malam tadi, saya hari beri kenyataan mengikut Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah). Saya serahkan rakaman video dan itu sahaja. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pulang lebih awal selepas kenyataannya dirakamkan. Saya pulang kemudian selepas menyerahkan barangan berkenaan untuk siasatan polis.

"Saya tidak tahu banyak mengenai prosedur polis kerana jarang berurusan dengan mereka (polis). Namun, saya tidak fikir yang sama ditahan. Saya tidak menandatangani apa-apa dokumen.
Sedang tidur

“Saya sekarang di rumah dan sedang tidur bila awak telefon. Saya deman selesema akibat terkena hujan lebat semalam. Maaf, saya agak pening kerana demam,” kata Eskay (kiri).
Sementara itu, akhbar harian berbahasa Cina hari ini melaporkan Datuk Shuib Lazim - datuk ketiga dalam kumpulan 'Datuk T' - dibawa dari rumahnya di Sungai Petani, Kedah ke Bukit Aman.

Menurut isteri Shuib, polis datang dengan menaiki kereta peronda. Adalah dipercayai beliau sedang memberi keterangan di Bukit Aman.

NONEIsnin lalu, Rahim dan Eskay yang menamakan kumpulan mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim sebagai 'Datuk T' mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara.
Semalam, Rahim yang juga bekas ketua pemuda Umno memberi keterangannya kepada polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kepada polis.

NONESelain itu, beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Selain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah Eskay.
Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul (kiri) juga memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bukan dua lelaki yang dilaporkan ditahan polis itu.

Johari sebelum ini pada sidang akhbarnya mengakui menonton pita video lucah yang ditunjukkan kepadanya oleh kedua-dua Rahim dan Eskay pada Isnin lalu.

Sumber : Malaysiakini

Video lucah dan dosa politik

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.

Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.

Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka.

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini.

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).
Aib peribadi
Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf.

Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi - sekalipun mungkin benar - adalah berat di sisi agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."
Bukan bukti Asas
Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain.

Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.
Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih (bermaksud):

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, hal 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).
Berbeza Dengan Kes Kezaliman
Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa.

Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa.

Itu pun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).
Tidak Perlu Suruhajaya
Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah.

Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).
Ingatan
Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu.
|
Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12).


Bangkit generasi baru
Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti kerajaan Perlis. Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Isnin, 21 Mac 2011

Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.
Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Anwar menyifatkan dakwaan seks itu sebagai "fitnah jahat" dan "jijik" yang "diselaras di peringkat kuasa tertinggi."
Katanya, lagi, tuduhan berkenaan juga bertujuan mengaibkan beliau dan keluarganya.
Pada masa video itu dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anak dan cucu-cucunya.
Perut lebih buncit
Katanya, beliau juga telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan bahawa beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

anwar pc on sex video alledge 210311Tambahnya, beliau juga telah merekodkan tulisannya di Twitter pada tempoh berkenaan "supaya boleh memperkukuhkan hujah (beliau)."
Sambil tersenyum Anwar juga berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding beliau.
"Memang diberitahu kepada saya bahawa gambar itu mirip kepada gambar saya.
"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit dari saya," katanya yang disambut gelak ketawa oleh para pemimpin PKR yang turut hadir di sidang media berkenaan.
Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau tidak mengetahui siapakah "Datuk T" yang dilaporkan terlibat dengan tayangan video berkenan.
Akan lapor polis
Ketika ditanya, Anwar berkata beliau akan membuat laporan polis sebaik mengenalpasti siapakah pihak yang bertanggungjawab membuat tayangan berkenaan.
"Saya sedang merujuk kepada peguam untuk melihat apakah isunya. Saya belum melihat (video itu), saya tidak tahu siapa pembuatnya, saya tidak tahu sama ada ia akan diedarkan," katanya.
Dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, beliau turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "serangan fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."
"Visual yang ditayang tengahari di Carcosa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan saya, PKR dan Pakatan Rakyat.
"Kita tentu menuntut kepada pimpinan politik negara dan musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan politik kotor dan lucah ini.
"Jangan heret rakyat dan negara terjebak dalam politik kotor dan lucah kamu," katanya lagi yang membacakan satu kenyataan.

Ahad, 20 Mac 2011

Isu Al Kitab: Mufti Perak bimbang umat Islam marah, tak puas hati

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran keputusan Putrajaya untuk melepaskan naskhah kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching akan membawa kepada rasa tidak puas hati dan kemarahan orang umat Islam.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Harussani berkata beliau bimbang umat Islam akan bangkit menentang keputusan itu dan menyebabkan lebih banyak ketegangan dalam situasi semasa yang dilihat sangat sensitif.
“Saya takut, apa pun boleh berlaku di sini. Orang tidak gembira dan apa jua boleh berlaku,” kata beliau lagi.
Harussani berkata beliau telah berusaha untuk berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mendengar keputusan itu Selasa lalu bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memenuhi gesaan pemimpin-pemimpin Kristian dan beberapa parti politik agar melepaskan Al Kitab, dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.
“Tetapi, saya tidak dapat bercakap dengan beliau (Najib) dan pembantu beliau juga tidak dapat menawarkan saya dengan sebarang maklumat,” katanya lagi.
Masyarakat Kristian dan Islam negara ini terlibat dalam ‘rebutan’ berkaitan dengan penggunana kalimah Allah sejak beberapa tahun lalu  dan ia berakhir dengan kes mahkamah di mana pada akhir 2009 keputusannya memihak kepada gereja Katolik yang menerbitkan akhbar The Herald.
Bagaimanapun Peguam Negara membuat rayuan dan ia masih di peringkat Mahkamah Rayuan.
Umat Islam menganggap kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh mereka.
Bagaimanapun penganut Kristian pula berhujah ia adalah perkataan Arab yang turut digunakan oleh pengiut agama lain termasuk Yahudi bagi merujuk kepada Tuhan, termasuk di negara-negara Arab dan Indonesia.
Harussani berkata, tidak kira sama ada isu itu masih didengar di mahkamah atau sebaliknya, kalimah Allah hanya harus digunakan oleh umat Islam dan eksklusif bagi mereka.
Harussani juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara pada 25 Mac ini untuk membincangkan perkara tersebut dan berusaha memujuk pihaknya agar menghentikan pelepasan naskhah Al Kitab.
“Saya juga akan cuba bertemu dengan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Saya akan bercakap dengan mereka,” katanya lagi.
Harussani menambah, beliau tiada pilihan memandangkan berhadapan dengan tekanan daripada masyarakat Islam untuk menghentikan naskhah-naskhah itu daripada dikeluarkan.
“Sejak diumumkan tentang pelepasan (naskhah Al Kitab), saya menerima SMS demi SMS. Umat Islam memberitahu saya yang mereka marah dan mereka bertanya saya, mencabar saya ... apa yang hendak dilakukan?
“Disebabkan saya selalunya lantang dalam isu-isu ini, jadi apa yang perlu saya lakukan? Saya akan cuba bertemu dengan kementerian,” katanya lagi.
Harussani berkata umat Islam tidak menentang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, tetapi hanya perkataan Allah yang digunakan sebagai pengganti kepada Tuhan.
“Alasan kami mudah. Islam adalah agama rasmi di negara ini dan Allah, dalam al-Quran, didefinisikan sebagai “Yang Maha Tunggal’, yang bermakna satu-satunya Tuhan,” kata beliau lagi.
Harussani berkata meskipun kementerian membenarkan pelepasan dengan dua syarat tetapi tiada jaminan bahawa naskhah-naskhah itu tidak akan sampai ke tangan Muslim.
“Apa jaminan yang mereka ada? Apa jaminan yang mereka ada bahawa mereka (masyarakat Kristian) tidak akan menyebarkannya kepada Muslim?
“Mereka akan berkata, oh, kami tidak memaksa mereka (Muslim) untuk mengambil kitab itu, mereka sendiri akan mengambil. Jadi mengapa mencetuskan masalah ini?” katanya lagi.
Selasa lalu, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata langkah kerajaan itu adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kitab itu mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian sahaja”.
“Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya,” katanya.
Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan menggangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah Allah.
“Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan kitab Injil tersebut,” katanya.

Harimau Malaya sekadar bertemu pasukan kelab


Selepas Iran dan Sri Lanka, pasukan kebangsaan Oman pula terpaksa menolak hasrat skuad kebangsaan bimbingan K. Rajagobal untuk mengadakan perlawanan persahabatan menerusi surat rasmi yang dikirimkan ke FAM.

Skuad kebangsaan bakal memulakan latihan pusat pada 21 Mac ini dan hanya dicabar kelab Perancis, Etoile FC yang beraksi di Liga Singpuara pada 26 Mac ini.

Berita itu menyaksikan Harimau Malaya terpaksa melupakan sebarang perlawanan kompetitif sehingga Mei ini sebagai persiapan kelayakan Piala Dunia Jun ini.

"Pada April ini kita tak boleh mengadakan perlawanan persahabtan kerana jadual liga," katanya merujuk jadual Liga Malaysia yang padat.

Selangor, Terengganu dan Kelantan mara separuh akhir Piala F.A 2011

 Pemain Selangor Safiq Rahim (atas) berebut bola dengan pemain Johor Mohd Azuwan Md Arip (gambar arkib)

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Selangor, Kelantan, dan Terengganu mengikuti jejak Pahang apabila mara ke perlawanan separuh akhir Piala FA edisi ke-22, setelah mereka menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir pusingan kedua malam ini.

Pahang terlebih dahulu menempah tiket ke separuh akhir Piala FA apabila menang dengan agregat 2-1 mengalahkan Kuala Lumpur, walaupun perlawanan pusingan kedua di Stadium Darul Makmur semalam menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Perlawanan di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunus, Johor Bahru malam ini menyaksikan pasukan pelawat, Selangor menafikan peluang tuan rumah, Johor ke perlawanan separuh akhir apabila mencatat kemenangan 2-1 untuk mara dengan agregat 5-2.

Kedua-dua jaringan hasil tandukan Mohd Amri Yahaya menerusi sepakan percuma pada minit ke-29 dan 50 menjadi pelengkap kemenangan Selangor yang turun selaku juara lima kali Piala FA untuk ke saingan seterusnya.

Gol saguhati Johor bagaimanapun hadir selang lapan minit kemudian (min-58) menerusi rembatan Norizam Salaman dalam kawasan kotak penalti.

Perlawanan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu pula menyaksikan pasukan Kelantan menewaskan Felda United 3-0, dan keputusan itu memberikan kemenangan mutlak kepada Kelantan dengan 5-2, selepas kedua-dua pasukan itu seri 2-2 dalam pertemuan pusingan pertama pada 15 Mac lepas.

Dalam pertemuan malam ini Felda United yang kelihatan mempamerkan corak permainan yang kemas dikejutkan dengan jaringan S.Chanturu menerusi hasil umpanan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18.

Di separuh masa kedua Kelantan terus menguasai perlawanan menerusi jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-66, dan Mohd Nizad Ayub pada minit ke-88.

Di di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, tuan rumah berjaya merebut tempat ke peringkat separuh akhir dengan menumpaskan juara sulung Piala FA 1990 Perak 3-1, selepas pasukan itu kalah 2-3 kepada Perak dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Ipoh, Perak, Selasa lepas.

Gol-gol Terengganu dijaringkan oleh Ree Shafiq Alwi pada minit ke-29, Manap Mamat (min-51) dan Abdul Hadi Yahya (min-80) sementara gol saguhati Perak dijaringkan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-76.

Nicol David mewarnai gelanggang kaca di Berjaya Times Square dengan kejayaannya merangkul gelaran ketujuh dalam kejohanan Terbuka KL dengan menundukkan Madeline Perry 3-0.

Pemain berusia 27 tahun itu berada di kemuncak prestasi, mempamerkan serangan pantas dan rali panjang untuk memastikan kekalahan lawannya itu dengan keputusan 11-6, 11-6, 11-2 dalam masa 34 minit.

Kejayaan tersebut merupakan yang pertama buat Nicol pada tahun ini setelah dikecewakan di kejohanan Klasik Cleveland awal tahun ini.

"Saya gembira kerana berjaya menang sekali lagi. Untuk menang di Malaysia memang sangat istimewa.

"Hari ini semuanya berjalan dengan lancar. Madeline juga nampaknya tdak mempamerkan aksi 100% tapi saya hanya kekalkan tekanan dan memastikan kemenangan," kata Nicol.

Madeline berkata Nicol terlalu unggul buatnya dan dia hanya mampu memastikan kekalahan yang tidak terlalu teruk.

"Saya bermain dengan baik di KL, sehinggalah hari ini," ujar pemain berusia 34 tahun itu.

"Sukar untuk meenyaingi Nicol bila dia di kemuncak prestasi. Saya cuba mencari rentak namun Nicol terlalu hebat mengawal keadaan.

"Saya berharap dapat menyainginya di kejohanan berikutnya. Namun begitu, layak ke final di sini ialah pengalaman yang hebat," tambahnya lagi.

Sumber : Astro Arena

Hadi: Tak mustahil berlaku perubahan di S'wak

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin dengan peluang pakatan pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan datang.

"Tak mustahil pengundi di sana akan buat perubahan kali ini," katanya.

Ini berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lepas yang dimenangi DAP, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kawasan berhampiran Sungai Jerteh hari ini.

Turut serta dalam ceramah itu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw.

Semalam Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan esok.

Sementara itu, Azmin ketika ditanya mengenai adiknya Ummi Hafilda yang mengadakan ceramah di Jerteh semalam yang antara lain mendakwa abangnya itu telah hilang pedoman dan tenggelam dengan janji-janji manis ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata:

"Pembangkang fokus dalam perjuangan dan terpulang kepada parti lawan yang menggunakan cara berkenaan".