Sabtu, 12 Februari 2011

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2011 : KEMENANGAN SULUNG PASUKAN TERENGGANU

Terengganu mencatat kemenangan pertama mereka dalam kempen Liga Super 2011 selepas menjinakkan Singa Utara Perlis di gelanggang mereka sendiri, Stadium Utama, Kangar semalam. Gol-gol oleh Abdul Hadi Yahya, Ashari Shamsudin dan Abdul Manaf Mamat memberikan pendahuluan tiga gol buat Sang Penyu sebelum gol cantik oleh Mohamad Hafizuan Salehudin merapatkan jurang jaringan.
PerlisVsGanu-CoverPhoto-small
Pasukan pelawat bermula dengan garang dengan Joseph Kalang Tie gagal menyudahkan peluang apabila lorongan Ashari berjaya membuka ruang di pertahanan Perlis. Pemain kelahiran Sarawak itu juga berpeluang sekali lagi untuk menjaringkan gol dari satu sepakan sudut dua minit kemudian tetapi tandukannya tersasar dari pintu gol.
Penyerang Terengganu Abdul Hadi yang bergandingan buat kali pertama dengan Abdul Manaf malam ini hampir membuka jaringan di minit ke 9 apabila tendangan volleynya dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran jauh dari tengah berjaya menewaskan penjaga gol Perlis tetapi sedikit sahaja menjunam melepasi palang.
Pasukan tuanrumah berjaya juga menguji penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee pada minit ke 12 apabila sepakan percuma yang diambil oleh Faiz Sabri singgah di palang. Terkejut dengan serangan ini Terengganu meneruskan asakan dengan peluang hadir buat Abdul Manan, ketua pasukan Marzuki Yusof dan Joseph Kalang namun gagal menemui jaring gol Perlis.
Namun kerja keras yang ditunjukkan oleh pasukan Terengganu akhirnya membuahkan hasil pada minit ke 23. Kawalan kemas oleh Joseph Kalang dari satu hantaran membolehkan beliau menemui Abdul Manaf dalam kotak penalti. Penyerang yang baru beraksi selepas kecederaan pra-musim itu membuat cubaan tetapi ianya melebar sehinggalah rakannya Abdul Hadi membuat sentuhan tambahan dan menolak bola masuk ke dalam gol Perlis.
Ianya gol pertama Hadi untuk pasukan Terengganu.
Sebelum barisan muda Perlis sempat pulih dari kejutan itu mereka mendapati diri mereka ketinggalan 2-0 dua minit kemudian. Hantaran jauh oleh Joseph Kalang menemui Ashari di sebelah kiri dan selepas sentuhannya berjaya menewaskan penjaga gol Perlis, penjaring terbanyak Liga Super 2010 itu membuka akaun golnya dengan satu sepakan rendah dari sudut yang agar sukar. Ianya menerjah jaring walaupun cuba dihalang oleh seorang pemain Perlis.
Terengganu terus menguasai permainan selepas itu tetapi tidak berjaya menambah jaringan apabila pertahanan tuanrumah bekerja keras  untuk mempastikan pasukan pelawat tidak terus meninggalkan mereka dengan jurang jaringan yang lebih besar.
Dengan perlawanan menghampiri akhir separuh masa pertama, pasukan Perlis mula menemui rentak dan memaksa pertahanan Terengganu yang diketuai oleh Marzuki Yusof bekerja keras untuk mempastikan kubu mereka tidak ditembusi. Sharbinee du kali berjaya membuat tangkapan kemas untuk menghalang cubaan pemain Perlis untuk menggegar jaring golnya.
Namun ianya pasukan Terengganu yang hampir melebarkan kedudukan dengan dua sepakan percuma di akhir waktu permainan separuh masa pertama. Ashari hampir menjaringkan gol keduanya apabila cubaannya menuju ke sudut atas gol Perlis sehinggalah penjaga golnya berjaya menepisnya keluar.
Satu lagi cubaan dalam waktu kecederaan menyaksikan cubaan joseph Kalang mengenai benteng pertahanan Perlis dan dalam cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, ianya jatuh di hadapan Marzuki yang melepaskan suatu sepakan volley yang sudah menewaskan penjaga gol namun ianya mengenai palang dan keluar dari permainan.
Separuh masa pertama berakhir dengan Terengganu berada di hadapan dengan penuh keyakinan.
Separuh masa kedua bermula dengan pasukan tuanrumah bermain dengan lebih bersemangat dan memberikan tekanan kepada barisan pertahanan pasukan Terengganu. Namun serangan-serangan tersebut berjaya dikekang dan selepas berjaya menahan asakan tersebut pasukan Terengganu membuat serangan balas yang pantas.
Dari satu serangan balas yang pantas tersebut Terengganu telah dihadiahkan satu sepakan penalti pada minit ke 58 apabila Ashari dikasari dalam kotak penalti. Abdul Manaf menggalas tanggungjawab tersebut dan menewaskan penjaga gol dengan suatu sepakan deras ke sebelah kiri gol Perlis untuk gol pertamanya musim ini.
Sepuluh minit kemudian Perlis berjaya juga mengurangkan jurang jaringan apabila Hafizuan yang tidak dikawal melepaskan satu sepakan deras menggunakan bahagian luar kakinya dari luar kotak penalti yang berjaya menewaskan Sharbinee yang mencuba sebaiknya untuk menghalang cubaan tersebut dari mencecah jaringnya. Ianya boleh menjadi calon untuk anugerah 'Goal of The Season' (sekiranya ada).
Dengan perlawanan berbaki lima belas minit lagi episod malang Perlis berterusan apabila Hafizuan gagal mengawal perasaannya apabila tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan membaling bola ke arah pegawai perlawanan tersebut. Dia dilayangkan kad kuning, yang kedua buat dirinya dalam perlawanan tersebut menyaksikan dia terpaksa meninggalkan padang, seterusnya membantut usaha pasukannya untuk mengejar pasukan Terengganu.
Walaupun Terengganu terus mencuba untuk menambah jaringan namun penyudahan yang tidak berkesan menyaksikan kedudukan tidak berubah hingga ke akhir perlawanan. Namun kemenangan 3-1 itu sudah cukup untuk melonjakkan kedudukan Terengganu ke tempat kedua Liga Super, setidak-tidaknya untuk tempoh 24 jam sebelum pasukan-pasukan lain turun beraksi dalam perlawanan masing-masing malam ini.

Sumber : Ganusoccer

Mubarak undur, tentera ambil alih Mesir


Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.

egypt revolution mubarak steps down crowd in square 1Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

egypt revolution mubarak steps down women 1Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.

Enam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.

Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.

egypt revolution mubarak steps down flag 1Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981.

Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.

Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.

Hodgson dilantik menjadi pengurus West Brom

Image © AFP
Roy Hodgson yang dipecat Liverpool bulan lalu kini dilantik menjadi ketua jurulatih baru West Brom menggantikan Roberto Di Matteo. (gambar arkib).
Bekas jurulatih Liverpool, Roy Hodgson telah disahkan menyertai pasukan West Brom Jumaat lalu menggantikan tempat Jurulatih Roberto Di Matteo.
West Brom menyingkirkan Roberto pada awal minggu lalu melantik Hodgson yang turut dipecat Liverpool sebulan lalu.
Hodgson, 63, sebelum ini pernah dipilih menjadi pengurus terbaik bolasepak Inggeris setelah berjaya memimpin Fulham ke peringkat akhir liga Europa, musim lalu.
Kontrak baru bersama Baggies akan berakhir Jun 2012, seperti mana yang diumumkan menerusi laman web West Brom.

MCA: TV patut tak siar rancangan ada Siti Bahyah

MCA mendesak kumpulan media terbesar Media Prima menghentikan dan mengelakkan penyiaran program berkaitan selebiti televisyen Siti Nor Bahyah Mahamood selagi beliau tidak memohon maaf kepada masyarakat Kristian ekoran kenyataan tentang hari Valentine.

Timbalan pengerusi biro publisiti MCA Loh Seng Kok berkata, Media Prima patut mengumumkan kumpulan itu tidak terlibat dengan kenyataan Siti Nor Bahyah yang didakwa berkata bahawa “maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian" sebagai tradisi masyarakat Kristian.

malaysiakini interview loh seng kok 061108 05"Kedua-dua pihak, Media Prima dan Siti Bahyah patut segera meminta maaf kerana menyinggung sensitiviti masyarakat Kristian," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat dan majlis presiden MCA.

"Media Prima juga tidak patut membenarkan salurannya menyiarkan rancangan menentang kepercayaan agama lain dan sekiranya perlu, memeriksa kandungan ucapan pembicara berkenaan."

Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini menuntut Siti Nor Bahyah permohonan maaf atas kenyataanya yang "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" dan dibuat tanpa fakta yang dikaji teliti.

Sambil memberitahu bahawa sambutan itu tiada asas dalam ajaran Kristian, Pemuda CCM mendakwa Siti Nor Bahyah menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran lain dengan pandangan yang salah dan diperolok-olokkan sebagai fakta.

Urus pertembungan


Dalam satu kenyataan hari ini, Loh menyarankan, polis juga patut menyiasat kata-kata mencemar Siti Nor Bahyah - yang terkenal cadangan "urutan cakar harimau"- sebagai hasutan.

valentines day 200209 02Katanya, dakwaan yang dibuat selebriti rancangan agama dan motivasi itu langsung tidak berasas, dan berdasarkan pendirian individu yang jahil dan prejudis.

"Patut dimaklumkan bahawa hari Valentine merupakan acara komersial yang tidak berbeza dengan hari ibu, hari bapa dan hari guru.

"Tidak seperti Good Friday, Easter dan Krismas, hari Valentine bukan acara daripada kalendar Kristian oleh penganutnya.

suhaizan kaiatSementara itu, ketua penerangan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat berkata isu Hari Valentine kini "semakin panas" setelah timbulnya rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

"Perkara ini berlaku kerana kurangnya dialog antara agama dalam negara ini. Saya mengajak semua pihak mari kita berdialog mengatasi masalah ini.

"Kita tidak boleh biarkan pertembungan ini tidak diurus dengan baik. Pemuda PAS bersedia menjadi sekretariat dialog ini," katanya.

Sumber : Malaysiakini

Amalan maksiat: Gabungan gereja berang

Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.
Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.
NONE Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."
Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini.
Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."
Menurut kenyataan itu lagi, Siti Nor Bahyah juga telah melandaskan hujahnya dalam rancangan itu "dengan legenda dan kisah dongeng yang tidak disokong (fakta)."
"(Siti Nor Bahyah) juga telah memilih untuk menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran masyarakat lain dengan pandangan yang salah (dan) diperolok-olokkan sebagai fakta," kenyataan itu dipetik.

Tiada asas dalam Kristian
Selebriti berkenaan juga antara lainnya telah menyebut beberapa versi latar belakang sambutan Hari Valentine dalam program berkenaan yang turut disiarkan dalam laman Youtube.
Versi pertama yang disebut oleh Siti Nor Bahyah itu membabitkan amalan penyembahan seorang "dewi cinta" oleh masyarakat Rom kuno.
Salah satu lagi versi yang disebut itu membabitkan sambutan bagi memperingati seorang paderi bernama Saint Valentine yang dibunuh kerana menyebarkan ajaran Kristian.
"Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordoba, Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka."
"Yang keempatnya sebab kita tak boleh sambut Valentine ini sebab meraikan burung yang suka mengawan pada 14 Februari. Ini ialah tradisi orang Inggeris," kata Nor Bahyah lagi dalam rancangan berkenaan.
Mengulas lanjut, Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan.
Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian.

Sumber : Malaysiakini

Keputusan Liga Perdana 2011 ..11.2.2011

 keputusab penuh:LIGA PERDANA 11.2.2011

SARAWAK vs HARIMAU MUDA B    3-3
SIME DARBY vs JOHOR  P.GUDANG 0-1
SDM NAVY    vs USM                           2-3
POS MALAYSIA vs P PINANG            4-0
MP MUAR       vs      PKNS                   0-2
ATM vs PDRM                                        1-1

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2011..Terengganu Menang.......

 PERLIS..1  Vs TERENGGANU..3
Satu perlawanan Liga Super telah berlangsung mlm td di stadium Kangar.Perlawanan antara tuan rumah Perlis menentang penyu berlangsung dgn suasana yg berat sebelah.Pasukan pelawat Terengganu secara keseluruhannya menguasai permainan dgn hantaran2 pendek dan bersahaja.Gol2 pasukan terengganu dijaringkan oleh Abd hadi yahya,Ashaari Shamsudin,dan Manaf mamat(pen).
Perlis yang berada di tangga tercorot dalam liga dilihat menunjukkan kesungguhan dan berjaya mengimbani permainan, tetapi ia masih tidak cukup untuk mereka mengekang kemaraan Terengganu.
Untuk rekod, Perlis masih tidak memperoleh sebarang mata biarpun sudah bermain dalam tiga perlawanan. Mereka bagaimanapun berjaya memperoleh gol pertama sejak memulakan kempen Liga Super musim ini  menerusi rembatan kencang Hafiszuan pada minit ke-66.
Pada pertemuan itu,  Ashaari dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Khamis, 10 Februari 2011

Perlawanan Tumpuan Minggu Ini.... United siap sedia layan kunjungan City



 
Pertemuan di antara Manchester United menentang Manchester City di Old Trafford sememangnya dinanti oleh para peminat EPL yang akan menyaksikan Carlos Tevez mengetuai cabaran menentang kelab lamanya.

Dengan hanya 5 mata membezakan mereka, pertemuan ini pastinya penting untuk mereka apatah lagi rekod 29 permainan tanpa kalah United dilebur Wolves minggu lalu manakala City pula sedang ingin mengekalkan rentak berikutan kemenangan 3-0 menentang West Brom.

United dilihat mahu mengembalikan kehebatan serangan mereka setelah gagal berhasil ketika menentang Wolves.

Wayne Rooney dijangka akan beraksi bersama dengan Dimitar Berbatov dalam bahagian serangan setelah pemain Mexico, Javier Hernandez kepenatan selepas sesi perlawanan persahabatan di Amerika Syarikat.

Bahagian pertahanan pula, Rio Ferdinand dilihat masih lagi belum cergas untuk beraksi sementara Jonny Evans dan Chris Smalling masih cedera.

Sir Alex Ferguson berkemungkinan akan menggunakan khidmat Wes Brown untuk bermain bersama Rafael dan Nemanja Vidic.

Bagi City pula, Roberto Mancini pastinya gembira kerana Tevez tidak disenarai dalam skuad Argetina untuk perlawanan persahabatan.

Tevez yang menghasilkan hatrik minggu lalu dilihat akan berpasangan dengan pemain baru dari Bosnia, Edin Dzeko di bahagian serangan kerana Mario Ballotelli masih belum cergas.

Pemain sayap dari Sepanyol, David Silva yang menjaringkan gol tunggal untuk negaranya baru-baru ini akan menjadi penggerak utama serangan City.

Legenda MU ke Malaysia April ini

Image © AFP
Bekas pemain Manchester United, Andy Cole ketika beraksi dalam perlawanan amal di Old Trafford, England, 13 Mac 2007.

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Peminat bola sepak Malaysia akan berpeluang menemui dua bekas pemain Manchester United, Bryan Robson dan Andrew Cole apabila mereka turut serta dalam Jelajah Asia di tiga bandar pada April ini bagi membantu mengumpul dana untuk badan kebajikan kelab bola sepak, Manchester United Foundation.
Kuala Lumpur akan menjadi destinasi kedua dan mereka akan muncul pada majlis makan malam amal Manchester United Foundation dan Unicef Lagends dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad di Mandarin Oriental pada 8 April.
Dua wira hebat Old Trafford itu juga akan melawat Bangkok pada 6 April dan Hong Kong pada 9 April.
"Sejumlah barangan Manchester United yang unik akan dilelong dan kesemua hasilnya akan diserahkan untuk projek amal kelab itu. Sebagai tambahan, rakan kongsi kelab, Hubolt telah menyumbangkan satu daripada barangan istimewanya untuk setiap majlis," kata yayasan itu dalam kenyataan semalam.
Robson, 54, merupakan ketua pasukan paling lama dalam sejarah kelab itu. Beliau yang juga dikenali sebagai 'Captain Marvel', kini merupakan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand.
Cole, 40, pula ialah penjaring gol kedua terbanyak dalam sejarah liga. Beliau menjaringkan 187 gol dalam perlawanan liga, menempatkannya di belakang Alan Shearer yang menjaringkan 260 gol.
Robson dan Cole akan membantu untuk mengumpul 1 juta Pound (kira-kira RM4.9 juta) untuk United for Unicef dan Manchester United Foundation.
Sejak 1999, Manchester United yang berkejasama dengan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) bagi program United for Unicef, telah mengumpul lebih 2 juta Pound (kira-kira RM9.8 juta) bagi program-program Unicef.
Projek usahasama itu telah memberi manfaat kepada kanak-kanak di seluruh dunia termasuk pelbagai projek di Asia seperti pembinaan sekolah di Myanmar, mengurangkan kesan HIV di Vietnam dan Malaysia serta melindungi wanita dan kanak-kanak daripada pemerdagangan manusia di China.
"Kami merasa teruja Bryan dan Andrew menyertai jelajah Asia untuk mengumpul derma bagi membantu United for Unicef dan Manchester United Foundation. Sebagai sebuah kelab, satu daripada tanggungjawab kami ialah ke arah meningkatkan kehidupan generasi akan datang.
"Melalui aktiviti mengumpul derma tahun ini, kami harap untuk mengumpul 1 juta Pound," kata ketua eksekutif Manchester United Foundation John Shield yang dipetik dalam kenyatan itu.

Sumber: Astro Arena

LIGA SUPER...PERLIS vs TERENGGANU

Satu perlawanan Liga Super akan berlangsung esok 11.2.2011 menemukan Perlis vs Terengganu.Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena .Pasukan bimbingan Irfan Bakti ini sememangnye dahagakan kemenangan sulung utk terus mencabar kejuaraan Liga Super 2011.Sementara itu pasukan Perlis dibawah bimbingan Mustakeem Omar mengharapkan tuah di gelanggang sendiri utk menjinakkan lawan bagi membaiki pencapaian buruk setakat ini.
 
 
 

 

 






                                           


Perlis
VS
Terengganu

Brazil bermain 10 orang, tewas kepada Perancis


Image © AFP
Pemain pertahanan Brazil, Dani Alves (kiri) mengasak pemain tengah yang juga kapten Perancis, Alou Diarra ketika perlawanan persahabatan antarabangsa di St Denis, Paris, 9 Februari 2011.
 Skuad Perancis dibawah pimpinan jurulatih baru, Laurent Blanc berjaya menewaskan Brazil 1-0 yang bermain dengan 10 orang dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di St Denis, awal pagi tadi.
Pada perlawanan itu, penyerang Real Madrid, Karim Benzema menjaringkan gol pada minit ke-54 selepas menerima hantaran daripada Jeremy Menez.
Brazil terlebih dahulu kehilangan seorang pemainnya, Hernanes, apabila beliau dikenakan kad merah selepas melakukan terjahan keatas Benzema pada minit ke-40.
Dalam perlawanan lain turut menyaksikan Juara Dunia, Sepanyol menumpaskan Columbia 1-0 hasil jaringan David Silva, ketika perlawanan berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid.
England turut mempamerkan permainan bermutu sehingga berjaya menewaskan Denmark dengan 2-1 di Stadium parken, Copenhagen.
Sementara itu Portugal pula terpaksa akur dengan kekalahan ditangan Argentina 2-1. Manakala German hanya sekadar seri 1-1 dengan Italy.
Berikut adalah keputusan bagi perlawanan lain:-
Albania 1 Slovenia 2
Belgium 1 Finland 1
Kemboja 3 Macau 1
Cape Verde Islands 1 Burkina Faso 0
Croatia 4 Republik Czech 2
Denmark 1 England 2
Equatorial Guinea 2 Chad 0
Greece 1 Kanada 0
Libya 3 Benin 2
Luxembourg 2 Slovakia 1
Macedonia 0 Cameroon 1
Malaysia 2 Hong Kong 0
Malta 0 Switzerland 0
Maghribi 3 Niger 0
Mozambique 1 Botswana 1
Namibia 1 Malawi 2
Nigeria 2 Sierra Leone 1
Filipina 2 Mongolia 0
San Marino 0 Liechtenstein 1
Senegal 4 Guinea 0
Afrika Selatan 2 Kenya 0
Swaziland 0 Zambia 4
Tanzania 1 Palestine 0
Turki 0 Korea Selatan 0
Azerbaijan 0, Hungary 2
Iran 1 Russia 0
Guinea-Bissau 3 Gambia 1
Belarus 1 Kazakhstan 1
Estonia 2 Bulgaria 2
Latvia 2 Bolivia 1
Ireland Utara 0 Scotland 3
Poland 1 Norway 0
Andorra 1 Moldova 2
Armenia 1 Georgia 2
Republik Congo 0 Gabon 2

Sumber..Astro Arena

Jakim lancar 'anti hari Valentine' esok

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak mencetuskan pergaduhan ekoran hasratnya mahu memantau sambutan hari kekasih beberapa hari lagi.

NONE"Yang itu kita kena tahu nak buat macam mana, nak pergi kawal macam mana. Sat lagi pi berkatok, bergaduh dengan orang, (jadi kes) polis pula...

"Jadi dah jadi langgar peraturan," katanya ketika ditanya sama ada beliau menyokong cadangan Pemuda PAS itu.
Ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa tempatan di negeri Pakatan Rakyat diarah bekerjasama dengan polis dan rela bagi menghadapi hari kekasih.

Katanya, dewan itu sendiri bersedia bekerjasama dengan jabatan agama di negeri-negeri untuk "gaya hidup yang tidak sihat" dapat dibendung.

Pada sidang media selepas mempengerusikan Wacana Dakwah melalui penyiaran di Putrajaya petang tadi, Jamil Khir berkata sambutan itu bukan amalam Islam.

Bagaimanapun, katanya, umat Islam sendiri mestilah mempunyai programnya sendiri sebagai alternatif kepada sambutan setiap 14 Februari itu.

valentine day 130206Sebagai contoh, katanya, esok Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.

"Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," katanya.

Sementara itu, Jakim juga mengedarkan kenyataannya kepada media dengan memetik kembali pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.

"Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," kata pegawai perhubungan awam Jakim Asiah Alkharib Shah, memetik keputusan muzakarah majlis itu.

Rabu, 9 Februari 2011

MALAYSIA MENANG! Tahniah juga Untuk Ultras Malaya...

Malaysia berjaya megalahkan Hong kong 2-0 sebentar td.Gol pertama malaysia disumbangkan oleh Shafiq Rahim yg juga Man Of The Match pada minit ke 44.Gol berpunca dari kesilapan pertahanan Hong Kong melalui kesilapan di petak penalti yg disambar dgn bergaya sambil mengelecek 2 pertahanan lawan dan terus menolak utk gol pertama malaysia.Gol kedua disumbangkan oleh AmirulHadi Zainal pada masa kecederaan.Penyokong malaysia juga patut dibg penghormatan yg tinggi Khasnya untuk Ultras Malaya yg tidak henti2 menyanyi utk mengamatkan perlawanan mlm td..Tahniah sekali lagi utk Harimau Malaya yg mencatat kemenangan pertama pada tahun ini.

Selasa, 8 Februari 2011

INTERNATIONAL FRIENDLY...MALAYSIA vs HONG KONG

Association crest                                                                                                                    
Malaysia akan turun beraksi malam esok menentang pasukan Hongkong di Stadium Shah Alam.Meskipun tidak menurunkan kesebelasn utama yg menjuarai Piala Aff disember lalu,jurulatih negara K.Rajagopal optimis yg team negara akan mencapai kemenangan.Dlm pada itu, Hongkong juga akan menurunkan kesebelasan terbaik mereka diketuai pemain naturalisasi mereka iaitu Gerrard Guy Ambassi yg bermain diposisi pertahanan.Malaysia juga seharusnya tidak memandang rendah keupayaan team lawan dan harus diingat Malaysia telah tewas ketiga tiga perlawanan terakhir menentang Hongkong tempoh hari.Diharapkan angin kebangkitan skuad negara berterusan mlm esok untuk meneruskan misi meningkatkan ranking dan juga kembali digeruni di peringkat International semula..Harimau pasti mengaum esok!!

LIVE DI ASTRO ARENA 9.2.2011(RABU) 8.30 MLM 

CUEPACS MAHU KERAJAAN WUJUDKAN GAJI MINIMUM BAGI PENJAWAT AWAM


Cuepacs meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutamanya kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.

"Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak mesti RM850 atau RM920, dan ini tak termasuk elaun, hanya gaji pokok.

"Kakitangan kerajaan sekarang ni, kalau ikut betul-betul gaji, memang belum sampai gaji minimum. Tapi disebabkan tambah elaun, maka sampai (paras gaji minimum)," katanya kepada pemberita selepas Bengkel Pemantapan Disiplin dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di sini, Isnin.

Beliau berkata gaji yang rendah boleh mengakibatkan produktiviti pekerja terjejas terutamanya apabila mereka melakukan pekerjaan sambilan.

Justeru, Omar berkata kerajaan perlu menyemak semula gaji minimum bagi penjawat awam dan menyelaraskannya dengan sektor swasta untuk mengelakkan perkara melibatkan disiplin pekerja itu berlarutan.Kali terakhir kerajaan membuat semakan gaji ialah pada Mei 2007.

Omar juga berharap Makmal Gaji Minimum yang akan berlangsung esok dapat mencari rumusan terbaik masalah gaji yang rendah di kalangan penjawat awam.

Makmal tiga hari itu yang akan berlangsung pada 8, 11 dan 14 Feb di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dijangka dapat mencapai kata sepakat berhubung cadangan penetapan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan.

Mengenai isu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan dimansuhkan Jun depan, Omar berkata bahagian kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi mencari bentuk penilaian baru yang sesuai berbanding konsep peperiksaan dalam PTK.

Isnin, 7 Februari 2011

Safee Sali sah ke Pelita Jaya...Liga Indonesia

 

Penyerang utama kebangsaan dan juga Red giant safee sali akhirnye sah bermain di liga indonesia.Menurut berita informer dari Indon,Safee sebenarnye telah menandantangani perjanjian pada 2 Februari lalu.Namun begitu beliau masih bermain  pada perlawanan Liga Super 12 Februari yg juga perlawanan terakhir beliau utk team selangor.Teka teki yg menyatakan Safee ke Persip Bandung hy satu Rumous....dan yang conform nye Safee akhirnye memilih team Pelita Jaya yg berkedudukan 3 terbawah dalam Liga indonesia setakat ini.Sewajarnye kita menyokong langkah berani Safee ini,bukan seperti sesetengah player kiter yg hanya mengimpikan bini selebriti dan eksyen je lebih kat padang tp main cam hampeh....Syabas sekali lagi utk Safee Sali menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di Liga Indonesia.

Jaringan tunggal Meireles hampakan Chelsea



Liverpool berjaya mempamerkan aksi mantap untuk membenam seteru mereka Chelsea 1-0 di Stamford Bridge lewat pagi tadi serta pada masa sama mengecewakan penampilan pertama bekas penyerang Fernando Torres.
Anak buah Kenny Dalgish bermain dengan penuh berdisiplin disamping mempertahankan kubu mereka dengan sebaiknya mungkin pada separuh masa pertama dan kedua untuk merekodkan kemenangan kedua sepanjang tujuh tahun turun beraksi di Stam. Bridge.
Raul Meireles muncul wira The Kop apabila menjaringkan satu-satunya gol pada minit ke-69 separuh masa kedua untuk sekaligus memberikan kemenangan bermakna.
Gol tersebut bermula dari gerakan menarik ketua pasukan Steven Gerard yang menghantar satu hantaran lintang cantik dan kemudiaannya disambar mudah Meireles yang tidak dikawal rapi benteng pertahanan Chelsea.
Bintang baru di Stamford Bridge, Torres gagal menyerlah malahan dia terpaksa dikeluarkan pada minit ke-65 untuk diganti dengan Salomon Kalou.
Di dalam satu lagi perlawanan antara West Ham United menentang Birmingham menyaksikan pasukan The Hammers tumpas tipis 1-0 di gelanggang sendiri. Gol tunggal tersebut dijaringkan oleh penyerang dari Serbia Nikola Zigic.
Kemenangan Liverpool ini melonjak mereka ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris manakala Chelsea pula berada di tangga keempat, ketinggalan sembilan mata dengan pendahulu Manchester United.

Ahad, 6 Februari 2011

Nik Aziz hanya mahu debat dengan orang bertauliah

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan beliau sedia berdebat tentang Islam dengan sesiapa saja, tetapi orang itu mestilah mempunyai kedudukan dan tauliah.

Nik Abdul Aziz lantas mempersoalkan kedudukan dan kredibilit Pengerusi Biro Agama Veteran Umno Kelantan, Prof Mohd Noor Deris yang ingin berdebat dengan beliau.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Nor menyatakan kegembiraannya kerana Nik Abdul Aziz menyahut cabarannya itu dan akan menghantar surat bagi tujuan itu dalam tempoh terdekat.

Ditanya mengenai kenyataan Mohd Noor itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam tidak melarang umatnya berdebat untuk mencari kebenaran dalam soal agama, malah ia digalakkan asalkan meletakkan al-Quran dan hadis sebagai "orang tengah".

“Saya sedia berdebat dengan sesiapa sahaja, asalkan mereka mempunyai tauliah dan ada kedudukan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Al-At'am, di Dataran Pasir Pekan, dekat Tumpat hari ini.

Menurutnya, isu perdebatan mengenai agama dengan ulama, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri sudah lama ditimbulkan tetapi tidak pernah menjadi kenyataan.

Beliau juga bersetuju suatu kaedah berkesan dicari bagi mengelakkan ia menimbulkan kesan buruk hasil perdebatan itu.

“Bagaimanapun, saya mahu kaedah perdebatan itu dibuat secara terbuka... bagi membolehkan orang ramai mengetahui dengan jelas mengenai topik yang menjadi persoalan," katanya.

Sementara itu, Badan Perhubungan Umno Kelantan menyokong debat antara Nik Abdul Aziz dengan pihak-pihak tertentu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Ulama Veteren Umno negeri itu, Prof Mohd Nor Deris.

Timbalan Pengerusi badan itu, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata debat itu termasuk dengan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi merungkai banyak kekeliruan yang ditimbulkan oleh menteri besar itu sebelum ini.

Mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz hari ini, Dr Awang yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata terserah kepada penganjur sama ada perdebatan itu diadakan secara langsung menerusi TV atau dalam dewan yang terkawal.

--Bernama

PLAYER JAPAN BERNILAI DI GERMANY...OKAZAKI SIGNS FOR STUGGART

Japanese Shinji Okazaki, right, new player for the German first divisioner VfB Stuttgart and the sports director of Stuttgart, Fredi Bobic pose at a press conference in Stuttgart, southern Germany Sunday Jan. 30, 2011. (AP Photo/DAPD Daniel Maurer)
TOKYO: Pemain yang baru dibeli Stuttgart, Shinji Okazaki muncul eksport bola sepak terbaru Jepun ke Jerman dengan Bundesliga mengambil ramai bakat terbaik negara Asia Timur itu dengan harga yang murah atau tanpa sebarang bayaran.
Penyerang itu adalah pemain keenam Jepun yang berhijrah ke Jerman selepas Piala Dunia Afrika Selatan, bukan hanya membuktikan status Jepun dalam permainan global tetapi juga membantu menghilangkan persepsi lama pemain Asia tidak boleh beraksi di liga Eropah.

Shinji Kagawa berpindah ke Borussia Dortmund Julai lalu dan sudah menjaringkan lapan gol memainkan peranan penting melonjakkan pasukan itu ke puncak carta Bundesliga.
Atsuto Uchida, Kisho Yano, Tomoaki Makino dan Hajime Hosogai sudah mengikut jejak langkah Kagawa yang berusia 21 tahun.

Dortmund mendapat Kagawa yang ternyata amat berbakat dengan harga murah - hanya 350,000 euro (RM1.4 juta).

“Kelab Jerman menyedari Jepun memiliki ramai pemain berbakat dan mereka tidak perlukan sebarang bayaran perpindahan,” menurut majalah sukan ternama Jepun, Number.

Stuttgart menunggu hingga kontrak Okazaki bersama kelab Liga-J, Shimizu S-Pulse berakhir pada hujung Januari sebelum mereka mengikatnya dengan percuma.

“Saya tidak rugi apa-apa dan saya yakin bertindak dengan baik. Saya lebih berasa gembira dan tidak tertekan,” kata penyerang itu sebelum meninggalkan lapangan terbang Narita, kelmarin. - AF

Harta Presiden Mesir AS$70 bilion?


SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak berhampiran Terusan Suez di Mesir.


KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.
Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.
Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.
Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.
Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.
Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.


Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.
Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.
Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.
Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.


Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).
Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).
Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.
"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.
Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.
Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama.

SUMBER: Kosmo online

Keputusan EPL ....Gameweek 26 ...5.2.2011

Stoke City 3 - 2 Sunderland  
Aston Villa 2 - 2 Fulham  
Everton 5 - 3 Blackpool  
Man City 3 - 0 West Brom  
Newcastle 4 - 4 Arsenal  
Tottenham 2 - 1 Bolton  
Wigan 4 - 3 Blackburn  
Wolves 2 - 1 Man Utd