Isnin, 8 Ogos 2011

Amaran awal Manchester United

Image © AFP
Pemain tengah United, Nani (Kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol kemenangan buat Manchester United semasa perlawanan Piala Sumbangsih menentang Man City yang berlangsung di Stadium Wembley, London pada 7 Ogos 2011. United menang 3-2.

 Aksi kemas Manchester United pada babak kedua membuatkan kegembiraan Manchester City bertukar muram apabila kalah 3-2 dalam perebutan Piala Sumbangsih (Perisai Komuniti) di Stadium Wembley.

Kem Red Devils cemas dalam 45 minit pertama susulan aksi goyah penjaga gol baru, David De Gea yang ditembusi dua gol menerusi Joleon Lescott dan Edin Dzeko.

Bagaimanapun Sir Alex Ferguson pantas menghidu kelemahan barisan anak-anak buahnya lantas memperkukuhkan barisan pertahanan.

Nani muncul wira pasukannya apabila menjaringkan gol pada masa kecederaan dengan merampas bola daripada kaki Vincent Kompany sebelum meluru pantas ke pintu gol dan menewaskan Joe Hart dalam situasi satu lawan satu.

Terdahulu, Chris Smalling memulakan kebangkitan United sebelum pergerakan gol kedua menarik yang disudahkan Nani.
 

 Sumber : Astro Arena

Jumaat, 29 Julai 2011

Harimau Malaya tersingkir dari kempen Piala Dunia

Image © AFP
Penyerang Malaysia, Mohd Safee Sali (kanan) berusaha melepasi pemain Singapura ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2011.

KUALA LUMPUR,(D5) - Skuad Harimau Malaya gagal mara ke peringkat seterusnya pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Singapura malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pasukan Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal tersingkir menerusi agregat 6-4 selepas kalah 5-3 pada perlawanan pertama pusingan kedua di Singapura Sabtu lalu.
Mohd Safee Mohd Sali menceriakan 90,000 penonton dengan memberi harapan untuk mengatasi defisit dua gol apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-57.
Keghairahan pasukan negara untuk mencari ruang dan peluang membolosi benteng pertahanan Singapura nyata meleset apabila pasukan lawan mengatur gerakan pantas bagi mematahkan semangat juang pemain negara.
Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan dengan menepis serangan bahaya barisan penyerang Singapura.
Keazaman pemain negara untuk menambah gol kedua membawa padah apabila Shi Jiayi membuat gerakan solo selepas menerima hantaran sepakan percuma dari tengah padang untuk mengatasi tiga pemain pertahanan negara sebelum menyumbat gol penyamaan Singapura pada minit ke-72.
Gol tersebut memberi tekanan buat skuad Rajagobal yang memerlukan dua jaringan lagi mengurangkan defisit gol.
Namun semangat Malaysia tidak luntur apabila mengatur beberapa serangan menerusi S.Kunanlan, Safee Sali dan pemain gantian, Ahmad Fakhri Saarani namun penyudah yang tumpul gagal membuahkan sebarang hasil.
Singapura kelihatan ingin melengah-lengahkan masa dengan beberapa pemainnya dilihat mengalami kecederaan.
Malang bagi Ahmad Fakhri Saarani apabila dilayangkan kad merah pada masa tambahan kerana didakwa mengasari pemain lawan untuk menjadikan pasukan negara bermain 10 orang pada minit-minit terakhir hingga wisel penamat ditiup oleh pengadil dari Jepun Takayama Hiroyoshi.

Sumber : Astro Arena

Sabtu, 23 Julai 2011

Aksi pertahanan Harimau Malaya mengecewakan

Image © D5
Malaysia berkunjung ke Singapura dalam aksi Piala Dunia.

KUALA LUMPUR, (D5) - Malaysia masih berpeluang untuk melangkah ke pusingan Piala Dunia seterusnya walaupun tewas 5-3 kepada Singapura dalam aksi yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Malaysia bermula dengan garang apabila Safee Sali menjaringkan gol pertama seawal minit pertama. Walaupun tendangan pertamanya berjaya dihalang, Safee memastikan sepakan susulannya menerjah jaring Singapura.

Singapura bagaimanapun pantas bertindak balas apabila Qiu Li berjaya memperdayakan Sharbinee Allawee menerusi sepakan percumanya pada minit ketujuh untuk gol penyamaan pasukan tuan rumah.

Qiu Li sekali lagi muncul sebagai duri dalam daging Malaysia apabila sepakan percumanya, mirip gol Safiq Rahim ketika menentang Liverpool, berjaya menembusi gawang Malaysia untuk gol kedua Singapura pada minit ke-22.

Mustafic Hairudin menjaringkan gol ketiga Singapura pada minit ke-43 manakala gol keempat menyusul beberapa minit kemudian pada masa kecederaan.

Pada babak kedua, aksi bertambah hangat apabila kapten negara Safiq Rahim diperintahkan keluar padang pada minit ke-53 setelah mengasari pemain Singapura namun defisit pemain itu kembali seimbang apabila bek kanan Singapura Ismail Yunos mengutip kad kuning kedua kerana menjatuhkan S. Kunanlan.

Singapura yang agak tersentak dengan kehilangan pemain tersebut semakin tertekan apabila Malaysia mengutip dua gol pantas menerusi Abdul Hadi, yang masuk sebagai pemain gantian, dan Safee yang menambah gol kedua peribadinya.

Harimau Malaya semakin bersemangat setelah merapatkan jurang tersebut namun barisan pertahanan negara yang diketuai Muslim Ahmad terus mengecewakan para penyokong Malaysia yang memenuhi stadium apabila memberi ruang kepada Singapura untuk menambah jumlah jaringan.

K. Rajagobal kini berdepan tugas berat untuk memastikan skuadnya mencatatkan sekurang-kurangnya kemenangan 2-0 dalam pusingan kedua di Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai nanti setelah membawa bekalan tiga gol di tempat lawan.

Sumber: Astro Arena

Harimau Malaya mahu kecewakan Singa


 Jika dihitung pencapaian skuad bola sepak kebangsaan Singapura tidaklah membanggakan jika dibandingkan dengan Malaysia.
Pun begitu, Malaysia tidak akan bergantung pada rekod masa lalu tetapi akan menentang Singapura habis-habisan dalam perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Jalan Besar hari ini.
Kali terakhir pasukan senior kedua-dua negara bertemu di padang ialah pada perlawanan persahabatan yang berlangsung pada November 2008 dengan keputusan 2-2.
Ketika itu, skuad kebangsaan Malaysia dibimbing oleh B.Sathianathan sementara Singapura dikendalikan oleh jurulatih dari Serbia, Radojko Avramovic.
Hari ini, skuad senior kedua-dua negara akan bertemu lagi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di republik itu sebelum perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai.
Ketika skuad Singapura, The Lions, bermain psikologi dengan memperkecilkan kemampuan pasukan Harimau Malaya, pasukan dari seberang tambak itu perlu menyedari, mereka kini berdepan skuad baru Malaysia.
Berbanding The Lions yang menggunakan khidmat beberapa pemain import yang telah diberikan kerakyatan segera di bawah program "Singapore Foreign Talent Scheme", skuad Harimau Malaya dibarisi oleh anak tempatan yang terdiri dari gandingan pemain senior dan junior.
Di antara pemain import Singapura ialah Egmar Goncalves dari Brazil, Mirko Grabovac (Croatia), Qiu Li, Shi Jiayi (China), Itimi Dickson (Nigeria), Mustafic Fahrudin dan Aleksandar Duric (Yugoslavia). Bagaimanapun, untuk perlawanan ini, Avramovic dilaporkan akan menurunkan Aleksandar, Mustafic, Qiu Li and Shi Jiayi.
Daripada 24 pemain yang disenaraikan jurulatih Rajagobal, hanya empat pemain yang sama berada dalam skuad Sathianathan ketika perlawanan 2008 itu. Empat pemain tersebut ialah Mohd Asruddin Putra Omar, Mohamad Aidil Zafuan, Mohd Safee Mohd Sali dan Mohd Amirulhadi Zainal.
Rajagobal terpaksa meninggalkan empat tonggak utama akibat kecederaan yang dialami ketika pertemuan dengan Arsenal pada 13 Julai dan Liverpool pada Sabtu, iaitu penyerang Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu, Mohd Shakir Shaari dan Shahrizal Saad.
Sementara pasukan The Lions yang turut membariskan 24 pemain, jelas bergantung kepada tenaga lama. Daripada 24 pemain tersebut, 10 pemain adalah dari skuad yang sama pada perlawanan 2008.
Mereka ialah Lionel Lewis, Daniel Bennet, Juma'at Jantan, Ismail Yunos, Afiq Yunos, Shahril Ishak, Shia Jiayi, Isa Halim, Aleksandar Duric dan Qiu Li.
Singapura juga masih menggunakan khidmat Avramovic sementara Harimau Malaya kini dibimbing oleh jurulatih (Rajagobal) yang menjulang bola sepak Malaysia dengan menjuarai Sukan SEA 2009 di Laos serta kejuaraan Piala Suzuki AFF 2010.
Rajagobal berkata Harimau Malaya akan cuba "membunuh" Singa Singapura di padang mereka sendiri tetapi pada masa yang sama berkata pihak lawan perlu dihormati dan tidak boleh dipandang rendah.
Beliau juga mahu anak buahnya memberi komitmen 100 peratus sebagai sebuah pasukan dan tidak mempersia-siakan sebarang peluang yang ada untuk menghasilkan gol.

Sumber : Astro Arena

Nicol teruskan dominasi Terbuka M'sia, raih gelaran ketujuh


Nicol David beraksi di separuh akhir CIMB Terbuka Malaysia pada 23 Julai 2011.

Ratu skuasy negara Nicol David cemerlang meneruskan penguasaannya setelah merangkul kejuaraan CIMB Terbuka Malaysia dengan persembahan mantap dalam aksi final.

Pemain berusia 27 tahun itu berada di dalam kelas tersendiri apabila menundukkan Jenny Duncalf dari England 11-6, 12-10, 11-5 dalam masa 42 minit di The Curve, Damansara.

Nicol, yang mendapat semangat daripada sokongan penonton yang membanjiri kompleks beli-belah itu, mudah mendahului 5-0 dalam set pertama sebelum Jenny berpeluang untuk bertindak balas.

Walaupun lawannya itu mula mendapat rentak namun Nicol terus menekan Jenny lalu memaksa wakil England itu melakukan kesilapan yang sekaligus memberikan kemenangan set pertama kepada Nicol.

Set kedua menyaksikan Jenny sedikit perlahan namun tetap mendahului apabila Nicol pula seringkali melakukan kesilapan, tetapi juara enam kali kejohanan itu berjaya merapatkan jurang mata lalu memaksa duece dan seterusnya menamatkan aksi set kedua.

Pada set ketiga Nicol tidak banyak membuang masa untuk menamatkan perlawanan dan walaupun Jenny cuba memberikan tentangan namun Nicol terlalu unnggul mendominasi permainan lalu memastikan gelaran tersebut kekal menjadi miliknya.

Nicol menerima wang tunai sebanyak US$11,400 (RM33,900) manakala Jenny pula terpaksa berpuas hati dengan US$7,800 (RM23,200).

Mat Sabu: Buat apa saya tipu?


Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tidak ada sebab bagi beliau menipu apabila mendakwa sebuah kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONE“Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” katanya kepada Harakahdaily di Georgetown, malam semalam.

Malah dakwanya, tayangan video yang dipaparkan oleh polis kepada media pada Khamis lalu bagi menyangkal tuduhan mengenai kemalangan itu adalah tidak benar.

“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.

“Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” katanya.

Sehubungan itu, menurut Harakahdaily lagi, bagi menangkis tohmahan jahat polis, Mohamad sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin supaya menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.

police mat sabu google map bersihSaleh pada taklimat di Bukit Aman itu berkata menurut siasatan polis, timbalan presiden PAS itu juga hanya cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Justeru, katanya, polis tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda.

“Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya. Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini... Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar Pajero polis," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan menunjukkan Mohamad Sabu sebenarnya terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

NONEPemimpin PAS pada wawancaranya dengan Malaysiakini pada Rabu lalu menafikan beliau berlakon dan mengemukakan gambar x-ray yang menunjukkan skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

“Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai,” katanya kepada Harakahdaily semalam.

Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah dirinya.

NONESebelum ini, Umno dan rakan-rakannya juga mendakwa, pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim berpura-pura cedera untuk meraih simpati.

Empat hari lalu, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas terkena kanister gas pemedih mata sehingga menyebabkan tulang pipinya patah.
Pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, hampir 1,700 orang ditangkap dan ramai yang mendakwa polis bertindak kasar dan keterlaluan.
Di sebalik bukti gambar dan video, namun ini disangkal oleh pihak polis sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin Hussein.

Sumber : Malaysiakini

Peguam 'Scorpene' dihantar pulang



Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, telah dihantar pulang malam ini selepas ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
ops scorpene dinner 220711 willian bourdonBeliau dihantar pulang menaiki pesawat menuju ke Paris pada kira-kira jam 11.30 malam ini.
Dalam mesej emelnya, Bourdon berkata semuanya baik, dan beliau akan terbang ke Paris malam ini.
Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.
Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan tunangnya, Lea Foriester, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan Lea menemani Bourdon.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".
Bourdon tiba semalam tetapi tidak melalui imigresen KLIA kerana beliau dalam penerbangan transit ke Pulau Pinang.
Peguam berusia 55 tahun itu dijadual berucap di majlis makan malam untuk mengumpul dana di Petaling Jaya malam ini dan satu lagi majlis makan malam di Ipoh esok.
Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.
Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

NONESyarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

razak baginda acquitted 311008 12Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan. 


SUMBER : Malaysiakini

Sime Darby layak ke Piala Malaysia

 Pasukan Sime Darby berjaya merebut tempat ke Piala Malaysia apabila membelasah Pahang dengan agregat 6-0 pada perlawanan 'play off' kedua di Stadium Darul Makmur malam ini.
Kelebihan empat gol pada perlawanan pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selasa lepas, meniupkan semangat kental buat pasukan bimbingan Ismail
Zakaria untuk menambah dua gol di tempat lawan bagi melengkapkan kemenangan dengan agregat 6-0.
Perlawanan babak pertama berlangsung secara seimbang apabila kedua-dua pasukan melakukan beberapa percubaan bagi mencipta gol.
Namun, pada separuh masa kedua, Pahang terus ditekan menerusi jaringan tambahan Sime Darby hasil rembatan Mohd Faizal Esahar dari dalam kotak penalti
pada minit ke-46.
Seminit kemudian, pengadil melayangkan kad merah kepada pemain Sime Darby A.Varathan selepas mengasari Mohd Munir Amran, yang turut menerima kad merah kerana bertindak balas terhadap asakan berkenaan.
Kekurangan seorang pemain tidak menghadkan asakan Sime Darby apabila menambah jaringan pada minit ke-80 hasil lorongan Mohd Raimi Mohd Noor ke depan gawang sebelum disempurnakan Mohd Faizal Mansor.
Pada perlawanan sebelum ini, Sime Darby memperoleh empat gol menerusi jaringan Mohd Faizal Esahar, Mohd Nor Ismail, Yusri Abas dan Mohd Badrul.

Sumber : Bernama

Nicol hampiri kejuaraan ketujuh peribadi


Nicol David enggan mengambil mudah cabaran dalam Kejohanan Terbuka Malaysia CIMB 2011. (gambar arkib)

KUALA LUMPUR, (D5) - Nicol David semakin hampir merangkul gelaran ketujuh Terbuka Malaysia CIMB peribadi selepas mara ke final buat kali kesembilan pada hari ini.
Pemain skuasy negara berusia 27 tahun tersebut nyata mendominasi aksi yang berlangsung di The Curve, Damansara selepas berjaya menewaskan pilihan ketujuh Omneya Abdel Kawy dari Mesir 11-9, 12-10, 11-4.
Pemain no 8 dunia dari Mesir tersebut bermain dengan baik pada set kedua untuk memaksa pusingan masuk ke set penentuan tetapi ia masih belum cukup untuk menyekat kemaraan Nicol yang memerlukan 45 minit untuk melengkapkan kemaraannya ke final.
Manakala dalam perlawanan separuh akhir antara Jenny Duncalf dari England menentang pemain no 10 dunia Camille Serme menyaksikan Duncalf berjaya menewaskan lawannya 14-12, 11-5, 11-8.
Jenny bermain dengan tenang hari ini dan berjaya menguasai permainan dengan kepantasan serta menggunakan kelebihan yang terdapat pada dirinya walaupun terpaksa bermain dalam set penentuan.
Kejayaan Duncalf ini merupakan yang kedua kalinya dalam Terbuka Malaysia dan wakil England tersebut akan menanti Nicol pada final nanti.

Sumber : Astro Arena

Gol kontroversi - peminat tidak puas hati

Image © AFP
Penjaga gol Malaysia, Mohd Izham Tarmizi dan rakan sepasukan Mohd Zubir Mohd Azmi (kiri) cuba membantah keputusan "gol" oleh pengadil, pada masa yang sama pemain Chelsea John Obi Mikel (kanan) meraikan jaringan tersebut ketika perlawanan antara Chelsea dan pasukan pilihan Malaysia di Stadium Bukit Jalil, 21 Julai 2011.

 Rata-rata peminat bola sepak tempatan meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan keputusan penjaga garisan yang membuat keputusan "gol" hasil daripada tendangan percuma penyerang sensasi Chelsea, Didier Drogba pada perlawanan menentang pasukan pilihan Malaysia, malam tadi.
Gol kontroversi yang membolehkan Chelsea menang tipis (1-0) itu, sekaligus menyelamatkan pengurus baru Chelsea Andre Villas Boas yang mahu mengekalkan rekod kemenangannya.
Selain Drogba, Chelsea yang dilengkapi pemain termahal seperti Fernando Torres, Frank Lampard, John Terry, Nicolas Anelka, Florent Malouda dilihat beraksi hambar dan dianggap gagal menyerlah setelah diberi saingan hebat skuad ong Kim Swee yang dibarisi pemain muda.
Salah seorang peminat bola sepak, Raja Azrie Raja Muzaffar berpendapat adalah memalukan bagi Chelsea apabila mereka hanya meraih kemenangan 1-0 lebih-lebih lagi menerusi gol kontroversi.
"Beberapa kali saya mengamati ulangan babak jaringan tersebut. Ia ternyata tidak gol apabila bola hanya melantun diluar garisan gawang. Walaupun begitu, keputusan penjaga garisan yang bertugas adalah keputusan mukhtamad.
"Saya memuji barisan pemain negara yang berusaha mengekang kemaraan Chelsea," katanya.
Menurut seorang lagi peminat, Helmi Zafawi Zainalabidin turut meluahkan perkara yang sama: "Kalau diikutkan, jaringan tersebut memang tidak masuk. Itulah pentingnya keputusan pengadil dibuat menerusi teknologi garisan gol supaya keputusan tepat dapat diperolehi.
"Dalam pertemuan itu, saya melihat pertahanan Malaysia menunjukkan persembahan menarik, tetapi barisan serangan harus dipertingkatkan bagi meraih lebih banyak peluag didepan pintu gol lawan," katanya.
Bola hasil tendangan Drogba pada minit ke-79 itu terlebih dahulu singgah di tiang sebelum terkena badan penjaga gol gantian pasukan kebangsaan, Mohd Izham Tarmizi. Namun penjaga garisan, M. Sivanesan mengisyaratkan bola tersebut sudah melintas garisan.

Sumber : Astro arena

Ahad, 17 Julai 2011

Keluarga Baharudin tuntut KPN mohon maaf

Keluarga peserta himpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia, Allahyarham Baharudin Ahmad, menuntut Ketua Polis Negara memohon maaf dengan segera kepada mereka dan seluruh rakyat Malaysia kerana menyalahgunakan kuasa dan kekerasan terhadap rakyat.

Tuntutan ini terkandung bersama 4 lagi tuntutan lain dalam memorandum yang diserahkan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Mereka yang hadir bersama peguam Pakatan Rakyat mahu kesemua pegawai polis termasuk pegawai tinggi yang memerintah operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga selesai penyiasatan kes ini dan penyiasatan yang komprehensif tanpa sebarang percubaan untuk melindungi mana-mana pihak dijalankan dengan segera.

Selain itu, turut dituntut agar laporan penuh penyiasatan ini dicetak dan disiarkan kepada orang awam serta tindakan pendakwaan dibawa ke atas semua pegawai polis tanpa mengira ketinggian pangkat yang bertanggungjawab di atas kematian arwah.

Peguam N. Surendran berkata, pihak polis secara tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak bersalah dalam insiden tersebut sebelum siasatan menyeluruh dibuat.

"Kami berada di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan sikap dan tindakan polis. Tanpa siasatan menyeluruh, percubaan melindungi kesalahan mereka telah bermula," katanya yang juga naib presiden PKR.

Menurutnya juga, polis tidak boleh berdolak dalik dalam perkara ini kerana pihak peguam sedang mengumpulkan bukti bergambar yang menunjukkan polis menggunakan gas pemedih mata secara berlebihan.

"Ini merupakan satu jenayah. Tulang rusuk arwah patah,gigi patah, luka di bibir,apa penjelasan polis?

"Kita ada 'footage' kekasaran polis dan saksi sendiri nyatakan sewaktu allahyarham bergelut dalam kesakitan,tiada polis datang membantu," katanya.

Memorandum tersebut diterima oleh ASP Shafiei Mohamad dan kemudiaanya dipanjangkan kepada pegawai atasan, Ramly Mohamed Yusuf atas permintaan mereka.

Sementara itu, abang Allahyarham, Kasim Ahmad berkata, beliau akan terus menuntut pihak polis bertanggungjawab di atas kekejaman mereka.

Beliau yang merupakan pesara tentera juga berkata, rakyat termasuk allahyarham cuma  pencinta demokrasi dan polis tidak wajar bertindak kasar ke atas mereka.

"Rakyat cuma keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil tapi polis khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein jadikan Kuala Lumpur seperti Gaza, penuh huru-hara, jalan semua ditutup, menyusahkan orang ramai," katanya.

Turut bersama dalam penyerahan tersebut ialah seorang lagi naib presiden PKR, peguam R. Sivarasa dan ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga seorang peguam bersama kira-kira 20 aktivis Bersih 2.0.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, A. Rajaratanam melahirkan rasa kesal dengan sikap polis yang enggan menghulurkan bantuan meskipun menyaksikan allhayarhan sedang tenat.

"Masa arwah sedang tenat, saya minta polis panggil ambulans tapi mereka enggan.Polis beruniform tidak layan pun permintaan saya.Jadi minta polis jelaskan perkara ini," katanya.

Sumber : Harakah

Rahim: M'sia sasaran usaha jatuhkan negara anti-Yahudi

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor berkata beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut.

NONE"Pihak itu akan gunakan segala-galanya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latarbelakangnya sebagai sasaran atau alat menghalalkan cara mereka.

"Saya yakin ada tangan yang tersembunyi menggunakan soal hak asasi untuk menentukan kerajaan sesuatu negara yang ghairah membaham Israel akan jatuh," kata Rahim dalam wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.

Berdasarkan pengamatan dan bacaannya, kata Rahim, istilah hak asasi manusia sebenarnya lahir dari Ghetto of the Jews, di mana bangsa Yahudi mengalami tekanan, penindasan oleh pelbagai kuasa besar untuk beratus tahun lamanya sehingga tertubuhnya negara Israel.

"Akibat daripada hidup dalam buangan mereka melahirkan arus pemikiran menerusi penulisan, malah ada yang menyebut revolusi Perancis tercetus akibat bibit-bibit tulisan pemikir Yahudi di Eropah.

"Kita sebagai orang tepi, menerima bahangnya sekarang kerana saya yakin dan percaya bibit sejarah penderitaan orang Yahudi yang dizahirkan menerusi tulisan, telah di hijacked oleh pelbagai pihak termasuk AS," tambahnya.

Rahim percaya ada sesuatu "yang kita tidak nampak di peringkat antarabangsa" bertujuan mahu menentukan survival Yahudi dalam memastikan 'the promise land' yang disebut dalam kitab-kitab dalam pegangan mereka.

Kumpulan tanpa wajah ini, menurut beliau, bergerak di mana-mana dan "bagi saya AS kini menjadi Israel terbesar di dunia."

"Manakala tangan tersembunyi mencari mana-mana individu yang boleh dijadikan puppet (boneka), mereka boleh berpangkalan di mana-mana baik di Washington, Paris, Jakarta atau di mana saja.

"Tidak perlu ramai, mereka mungkin hanya tiga tokoh yang faceless dan merekrut beberapa wakil beberapa orang secara tidak untuk menyebarkan kerosakan dan menyalurkan dana yang bukan sedikit.

"Saya bimbang orang tempatan yang digunakan, akan fikir mereka lebih pandai umpama cerita Do Re Mi yang nak kenakan Pak Lebai untuk makan percuma, akhirnya mereka yang terkena," tegasnya.

Menurut Rahim lagi, beliau bimbang kelompok tersebut, akibat terlalu ghairah, tidak dapat melihat apa kaitan isu dalaman seperti pilihan raya dengan tangan-tangan tersembunyi ini.

"Sedangkan mereka sangat bijak, sangat kaya dan mengawal media termasuk dunia hiburan dan antarabangsa. Sebenarnya kita boleh lihat siapa hidden hand (tangan tersembunyi itu) jika kita betul-betul mahu lihat," katanya.

Isu ini, tambah Rahim, tidak akan selesai terutamanya apabila kuasa besar seperti AS menaungi orang begini.

Ditanya sejauhmana gerakan tersebut berjaya meresap di kalangan rakyat negara ini, Rahim berkata:

"Mereka tidak masuk secara terang-terangan. Segala-galanya bersahaja dan mengikut gelombang. Mereka ada di mana-mana sama seperti gelombang lain satu masa dahulu."

Menurut Rahim, setiap abad ada gelombangnya.

"Sekarang ini gelombang hak asasi manusia manakala abad ke-19 dan ke-20 menyaksikan gelombang fahaman sosialis yang melahirkan cara hidup baru selepas kejatuhan empayar Eropah," tambahnya

'Polis bengis macam nak makan saya'

Tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.

NONE"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".

NONEMenghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".

"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu.

Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), A Samad kali ini menempuh pelbagai rintangan.

Selipar, bukan sepatu Nike
Beliau bukan sahaja hilang capal, tetapi hilang garam, tuala kecil dan air mineral yang dibawanya bagi menangi gas pemedih mata dan meriam air daripada pihak polis.

NONE"Saya seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) dua orang peguam pun hilang (setelah gas ditembak)," katanya yang mengakui sudah menjangkakan pendekatan keras itu akan diambil pihak berkuasa.

Pada Sabtu itu, dengan baju basah akibat air hujan dan meriam air, A Samad terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada anak muda hendak beri saya sepati Nike. Ini saya fikir sepatu yang cantik sangat, saya tak mahu.

"Kemudian orang beri saya sepatu yang besar, saya gunakan sebab hendak berjalan agak susah. Sampai di Hotel Midah, Kampung Attap, ada orang membelikan saya selipar. Jadi lepas itu dia pula berkaki ayam," kata A Samad.

Pengarang novel Salina itu juga menyuarakan rasa terharunya pada semangat perpaduan dan hormat menghormati semua bangsa pada hari itu demi mencapai matlamat bersama ke arah pilihan raya yang bebas dan adil.

"Ada anak India hendak bagi sepatu dia, anak Cina hendak beri sepatu dia. Saya merasa amat bangga.

"Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan," kata A Samad Said lagi.

Sumber :Malaysiakini

M'sia bermain secara kompetitf - Clarke

Image © AFP
Pemain Malaysia, Safiq Rahim (Biru) menjaringkan gol pertama negara menerusi sepakan percuma semasa menentang Liverpool FC dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2011.

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Malaysia berjaya menampilkan persembahan yang kompetitif dan tidak gentar sama sekali, demikian pandangan penolong jurulatih kelab Liverpool, Steve Clarke.
Katanya Malaysia telah menunjukkan permainan yang mantap pada perlawanan persahabatan dengan kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL) itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Livepool, yang dalam siri Jelajah Asia 2011, mengatasi pasukan Harimau Malaya 6-3 pada perlawanan yang disaksi oleh lebih 80,000 penonton di stadium berkenaan.
"Perlawanan ini adalah baik sekali dan menghiburkan. Mereka (Malaysia) bermain dengan baik," katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.
Sidang media itu turut disertai oleh pemain baru Charlie Adam.
Clarke berkata siri Jelajah Asia itu adalah amat penting bagi semua pemain membuat persediaan menghadapi musim EPL 2011/2012.
Dalam pada itu, Adam, yang menjaringkan gol pertama pada minit ke-26, berkata beliau gembira dengan jaringan itu dan berharap dapat menyumbang lebih banyak gol untuk pasukan itu pada musim baru EPL.
Sementara itu, jurulatih skuad negara Datuk K.Rajagobal berkata beliau berpuas hati dengan perlawanan itu walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam benteng pertahanan negara.
"Ada peningkatan dalam persembahan pemain dan saya meminta pemain bermain lebih agresif," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak kisah dengan bilangan jaringan pada perlawanan hari ini tetapi apa yang bermain dalam fikirannya ialah perlawanan menentang Singapura pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di republik itu pada 23 Julai ini.
Katanya berikutan perlawanan dengan Liverpool itu, beliau sudah mempunyai idea mengenai barisan pemain pada perlawanan menentang Singapura nanti.
Katanya perlawanan dengan Liverpool merupakan ujian terbaik sebelum menghadapi Singapura.
Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia dengan perturan gol di tempat lawan selepas terikat dengan agregat 4-4 menentang Taiwan.
Malaysia akan menentang Singapura pada perlawanan pertama di republik itu pada 23 Julai dan perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Julai ini.

Sumber : Astro Arena

Malaysia gagal menyekat Liverpool

Image © AFP
Penyerang Malaysia Mohd Safee Mohd Sali menjaringkan dua gol ketika perlawanan persahabatan menentang Liverpool di Stadium Bukit Jalil, 16 Julai 2011. Malaysia tewas 6-3..

KUALA LUMPUR, (D5) - Malaysia mempamerkan semangat juang tinggi ketika bertemu Liverpool dalam aksi persahabatan Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil namun tetap gagal menghasilkan kejutan apabila tewas 6-3 kepada kelab EPL itu.

Pujian bagaimanapun harus diberikan kepada anak buah Datuk K. Rajagobal yang turun dengan misi mengembalikan maruah yang tercalar setelah tewas kepada Arsenal 4-0 Rabu lepas. Barisan yang diketuai Safiq Rahim jelas tidak lagi gentar beradu tenaga dengan bintang-bintang Liverpool dan berani melakukan cabaran untuk merampas bola.

Permainan seperti yang dijangkakan dikuasai oleh Liverpool, dengan hantaran-hantaran pendek seringkali memgelirukan Malaysia dan memaksa mereka melakukan terjahan lewat untuk merampas bola.

Liverpool terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-25 menerusi penalti yang disempurnakan Charlie Adam setelah Carroll dijatuhkan oleh pertahanan Malaysia. Bintang baru Liverpool itu terpaksa mengambil semula penaltinya setelah jaringan pertama dibatalkan pengadil. Adam bagaimanapun tenang menewaskan Sharbinee buat kali kedua.

Malaysia bagaimanapun tidak langsung goyah apabila berani mengasak kubu Liverpool, yang kelihatan sedikit kepenatan dan hasil usaha keras barisan Malaysia membuahkan hasil apabila Safiq Rahim tenang menyempurnakan sepakan percuma tiga minit sebelum babak pertama berakhir, melepasi penjaga gol, Brad Jones.

Di babak kedua, hampir keseluruhan kesebelasan utama Liverpool digantikan dengan pemain-pemain simpanan, di mana bintang-bintang seperti Dirk Kuyt, Maxi Rodriguez, Alberto Aquilani dan David Ngog diturunkan.

Pada minit ke 67, Liverpool kembali di hadapan apabila Ngog mempamerkan tindakan penyudah yang tajam menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang kelahirang Perancis itu tidak mengambil masa lama untuk menggandakan akaun golnya apabila dua minit kemudian, dia merembat kencang ke arah kiri pintu gol Malaysia menewaskan penjaga gol Kelantan itu.

Tersentak dengan kehilangan dua gol berturut-turut, Malaysia kemudian menurunkan penyerang sensasi negara Safee Sali untuk mempertajamkan barisan serangan. Bekas penyerang Selangor itu segera menguji penjaga gol Liverpool dengan rembatan leret pada minit ke-72.

Liverpool terus mengamuk apabila pada minit ke-74, Maxi Rodriguez menyudahkan hantaran silang daripada kiri pintu gol Malaysia untuk gol keempat mereka, membuatkan Khairul Fahmi mengeleng-gelengkan kepala dengan prestasi hambar barisan pertahanannya itu.

Safee Sali terus mempamerkan persembahan hebat apabila rembatan derasnya pada minit ke-77 terpaksa ditepis keluar oleh Martin Hansen, yang masuk menggantikan Brad Jones pada permulaan babak kedua.

Seminit kemudian usaha keras Safee Sali akhirnya membuahkan hasil apabila dia menolak masuk bola muntah yang gagal ditangkap kemas Hansen setelah Mohd Amirulhadi menghantar bola leret dari kiri pintu gol Liverpool.

Stadium Nasional sekali lagi bergegar apabila Safee Sali menewaskan perangkap ofsaid Liverpool dan melorongkan bola melepasi jangkauan Hansen sekali lagi pada minit ke-81 untuk gol ketiga Malaysia.

Pemain kelab Pelita Jaya itu terus menghuru-harakan barisan pertahanan Liverpool, yang jelas bergelut untuk menangani kelincahan pemain itu.

Namun Liverpool akhirnya lega apabila Maxi menanduk kemas hantaran Kuyt daripada arah kanan untuk gol kelima Liverpool ketika aksi sudah pun masuk ke masa tambahan.

Para penyokong yang membanjiri stadium terus dihiburkan dengan gol keenam Liverpool apabila Kuyt menyudahkan hantaran Aquilani untuk gol terakhir perlawanan.

Sumber : Astro Arena

Isnin, 20 Jun 2011

Malaysia ikat Lubnan 0-0

Image © AFP
Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria (tengah) masuk pada separuh masa kedua bagi menggantikan Wan Zack Haikal Wan Noor dalam pertemuan pertama dengan Lubnan di Beirut. (gambar arkib)

KUALA LUMPUR, (D5) - Pasukan Bawah 23 tahun (B-23) Malaysia berjaya mengikat Lubnan seri tanpa jaringan dalam aksi pertemuan pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 di Beirut.

Aksi kemas di bahagian pertahanan selain bahagian serangan yang berjaya mencipta beberapa peluang disajikan oleh barisan pemain negara sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Bagaimanapun, skuad negara dipaksa lebih banyak berkampung di kawasan sendiri di awal permainan di bawah terik matahari dan melakukan percubaan pertama pada minit ke-11 menerusi percubaan Wan Zack Haikal Wan Noor.

Pada minit ke-21, Malaysia memperolehi peluang terbaik apabila hantaran lintang Fandi Othman tepat di kepala Izzaq Faris Ramlan namun tandukannya tidak tepat.

Bermain dengan berhati-hati di awal minit ke-45, anak-anak buah Ong Kim Swee berjaya menampilkan aksi berbeza sebaik tiupan wisel separuh masa kedua.

Kelibat Izzaq memaksa penjaga gol lawan terpaksa melayangkan badan bagi menghalang percubaannya sebelum dia digantikan dengan Syahrul Azwari Ibrahim.

Pada minit ke-62, Wan Zack Haikal kemudian terus menghadirkan ancaman buat kubu lawan dan kali ini cubaannya tepat ke arah penjaga gol selepas menerima lorongan cantik daripada Gary Steven Robbat.

Malaysia hampir membawa bekalan dalam pertemuan kedua pada 23 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil andai Syahrul Azwari berjaya menewaskan penjaga gol namun pertahanan lebih pantas menguis keluar bola dalam kawalannya.

 

Sabtu, 4 Jun 2011

'Pelacur' dirantai, conteng: NGO hak asasi berang


Operasi mencegah maksiat di Pulau Pinang malam semalam menimbulkan kontroversi apabila beberapa kumpulan hak asasi mempertikaikan cara pihak polis menggari kira-kira 30 wanita asing dengan rantai dan membuat contengan di muka, dada dan tangan mereka.

penang gro raid 030611 chainWanita asing itu ditahan di sebuah kelab malam di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Tikus kerana disyaki melacurkan diri.

Dalam serbuan itu, lapan rakyat tempatan dan 30 wanita asing - 29 dari China dan seorang dari Vietnam ditangkap oleh 19 anggota polis dari Bukit Aman.

Menurut akhbar berbahasa Cina, serbuan dijalankan selepas pihak polis mengintip dan memerhatikan kegiatan kumpulan itu selama seminggu di kelab berkenaan yang dikatakan amat popular di kalangan penduduk tempatan.

Akhbar Cina juga memaparkan gambar-gambar wanita yang dirantai dalam kumpulan itu dan kemudiannya mereka ditandakan dengan pelbagai simbol, termasuk X di dahi seorang daripada wanita itu.

penang gro raid 030611 news clippingPengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo membidas polis kerana tidak mematuhi piawaian prosedur operasi polis (SOP) dan pada masa yang sama mencabuli hak asasi manusia.

“Kita tidak boleh menandakan mereka secara fizikal... kita boleh tahan mereka tetapi mereka tidak boleh ditanda seperti itu,” katanya ketika dihubungi.

Pengarah Tenaganita Irene Fernandez pula melahirkan rasa terkejut berhubung gambar wanita dirantai dan ditanda.

penang gro raid 030611 marks on chestKatanya tidak adil bagi mengandaikan semua mereka itu bersalah.

“Saya sangsi ini prosedur yang biasa dan jika ia adalah prosedurnya maka polis mesti mendedahkannya. Mesti dijalankan siasatan berhubung perkara ini dan polis mesti jelaskan mengapa mereka bertindak sedemikian.

“Mereka mungkin mangsa pemerdagangan manusia... jika ini benar mereka adalah mangsa,” katanya.

Peguam bagi 'Lawyers for Liberty's Faidah Nadwa Fikri berkata tindakan merantai dan menanda wanita itu sebagai 'luarbiasa dan tidak berperi-kemanusiaan'.

Tegasnya wanita itu cuma adalah suspek dan belum didapati bersalah atas sebarang jenayah lagi.

penang gro raid 030611 chain“Ini masalah budaya kita, masalah kerana kita tidak memahami apa itu peraturan undang-undang.

“Saya lihat apabila seseorang ditangkap dan dibawa ke mahkamah, sesetengah mereka juga tidak memakai selipar... ini menunjukkan betapa buruk pihak berkuasa melayan mereka dan ini adalah isu kemanusiaan,” katanya.





Sumber : Malaysiakini

Gol Abd Hadi selamatkan M'sia



Image © AFP
Pemain negara Mohammad Safee Sali (Kiri) diberi asakan pemain Hong Kong, Wong Chin Hung semasa perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada 9 Februari 2011. Gambar arkib 
 
Skuad kebangsaan terselamat daripada ditewaskan oleh Hong Kong selepas sekadar seri 1-1 di dalam perlawanan persahabatan antarabangsa  yang berlangsung di Stadium Stadium Siu San Wan malam tadi.
Penyerang berbisa dari Terengganu Abdul Hadi Yahaya menjadi wira buat negara apabila menyumbat gol penyamaan sekaligus menyelamatkan daripada tewas kepada  HK.
HK hampir mengejutkan Malaysia seawal babak separuh pertama namun mujurlah hantaran dari Lee Wai Lim gagal disudahkan oleh penyerang Chan Siu Ki serta  berjaya dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pemain pertahanan negara.
Percubaan terbaik negara hadir pada minit ke-35 menerusi tandukan bebas oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak di dalam kotak penalti lawan tetapi malangnya ia  sekadar melintasi palang gol lawan.
Kedudukan 0-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Separuh masa kedua menyaksikan aksi rancak dan bertenaga dipamerkan oleh pemain kedua-dua pasukan yang memburu gol pembukaan.
Usaha HK akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-60 apabila Chan berjaya menyudahkan hantaran cantik Lee Wai dari sebelah kanan padang dengan satu tandukan  menarik untuk menewaskan penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee Allawee Ramli.
Namun, kelebihan itu tidak kekal lama apabila penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-66 menerusi  rembatan jarak dekat bagi menyamakan kedudukan 1-1.
Skuad kebangsaan terus memberikan tekanan dan mengasak pasukan tuan rumah dan pada minit 73 Safiq Rahim hampir menyumbat gol kemenangan buat negara namun  rembatannya ditepis keluar penjaga gol Wei Zhao yang beraksi hebat pada perlawanan malam tadi.
Kedudukan seri 1-1 kekal hingga tamat permainan yang menyaksikan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh malam tadi.

Sumber : Astro Arena

Sabtu, 28 Mei 2011

Terengganu buru gelaran sulung


 Penyerang Mohd Ashaari Shamsuddin (tengah) antara tonggak yang menjadi sandaran skuad Terengganu untuk memburu gelaran sulung Liga Super musim ini. (Gambar arkib).

Pendahulu liga, Terengganu, harus memanfaatkan tiga aksi tempat sendiri dalam baki empat perlawanan untuk memiliki gelaran sulung, bermula dengan menentang Kedah, sabtu ini.
Kehadiran Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagaimanapun tidak boleh diambil mudah skuad bimbingan Irfan Bakti.
Ia kerana daripada 12 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, Terengganu hanya menang sekali iaitu pada aksi Liga Super 2007 dengan keputusan 3-1. semenjak itu, skuad Penyu tewas 9 kali dan seri 2 kali dengan skuad Hijau Kuning.
Cuma, jika persembahan terkini diambil kira, Terengganu punyai prestasi lebih cemerlang - 7 kemenangan, seri dua kali dan tewas sekali berbanding  Kedah yang hanya melakar 4 kemenangan , tewas empat kali dan seri dua kali.
Sandaran Terengganu sudah pasti kepada trio berbisa Abdul Hadi Yahya, Manaf Mamat dan Ashaari Samsudin yang telah meledakkan  35 gol dalam liga setakat ini.
Tatkala Terengganu terbayang takhta juara, Kedah mampu jadi pemusnah, seperti ketika menafikan langkahan skuad pantai timur itu ke final Piala FA musim lalu.
Terengganu pastinya sudah belajar kesilapan lalu untuk  tidak membenarkan Kedah terus berwatak selaku pemusnah harapan.
Pencapaian terbaik Terengganu dalam liga sebelum ini ialah naib juara musim 1992 dan 2001. Sudah pasti kedudukan pendahulu ketika ini, mahu ditukar dengan gelaran buat julung kalinya.
Terengganu menghuni tangga pertama dengan 47 mata, 3 mata dihadapan Kelantan di tempat kedua. Selangor pula di tangga ketiga dengan 42 mata.
Jangan lupa saksikan pertemuan Terengganu menentang Kedah pada Sabtu secara langsung pada jam 8:30 malam hanya di astro arena.

Sumber : Astro Arena

'Individu misteri iring perjalanan Razak, Altantuya'


Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

apcet II 221209 cynthia gabrielPengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu,” kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

NONERundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.

Sumber : Malaysiakini

KERAJAAN LULUSKAN TARIF ELEKTRIK


Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

electric bill 130608Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.
Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.
Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

Ahad, 24 April 2011

Kes Sarbaini: Keluarga tak puas hati, nak tahu ‘kisah sebenar’

Kes Sarbaini: Keluarga tak puas hati, nak tahu ‘kisah sebenar’Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis sambil mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh untuk mengetahui sebab-sebab kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.
Sebaliknya, ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini berkata pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh selain nampaknya mahu “menyembunyikan” sesuatu daripada diketahui umum.
“Keluarga mempersoalkan kenapa hasil siasatan tidak begitu menyeluruh, macam nak sorokkan sesuatu... bila sudah jadi macam ini, cuba pula nak sorokkan sesuatu.
“Kami sekeluarga tertanya-tanya adakah cerita ini akan habis begini sahaja, kami memang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dan kami tetap nak tahu apa yang terjadi, kami nak tahu kisah sebenar,” katanya.
Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini sedia maklum punca kematian adalah jatuh dari bahagian tinggi tetapi apa yang dipersoalkan adalah bagaimana dia boleh jatuh sehingga membawa kepada kematian bapa lima anak itu.
“Kami sekeluarga tetap mempersoalkannya, siasatan macam tak begitu menyeluruh... kami memang tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi atas sebab apa dia jatuh? Sebab apa dia mati, sebab apa yang saya tahu kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat tiga dia mungkin hanya akan patah-patah sahaja tapi ini sampai mati (meninggal dunia) pula.
“Sebab itu kami nak tahu apa yang terjadi, sebab apa dia jatuh? Adakah benar dia jatuh dari tingkat tiga dengan sindiri atau ditolak dari atas?
“Kami nak tahu semuanya, kami memang tidak puas hati dan kami nak tahu cerita yang sebenarnya,” tambah sumber itu.
Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya Ahmad Sarbaini membunuh diri sebagaimana dikatakan sebelum ini, sumber itu berkata, ia akan dibincangan bersama keluarga terdekat.
“Kami akan bincangkan dulu perkara ini, nanti akan dimaklumkan kemudian,” jawabnya ringkas.
Semalam polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.
Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.
“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.
“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.
Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.
Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.
Minggu lalu, keluarga Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.
Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu.
Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.
Kematian Ahmad Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Sumber : Malaysia Insider

Dr M: Gelombang ‘1Melayu,1Bumi’ Utusan idea malapetaka

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
Perkasa: Kami hormati Mahathir tapi gerakan ‘1Bumiputera’ tetap dilancar
 Dilihat sebagai pendirian yang agak mengejutkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian bertentangan mengenai idea gelombang “1Melayu, 1Bumi” Utusan Malaysia dengan menyifatkannya sebagai satu “malapetaka” jika menjadi kenyataan.
“Saya harap ia tidak akan berlaku. Ia amat tidak baik... orang ramai harus fikir mengenai ini, kita menuju malapetaka jika ia berlaku,” kata bekas perdana menteri ini kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, Perkasa berkata pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengepalai gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang disarankan oleh Utusan Malaysia sambil memberi kaum Melayu amaran kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, kumpulan itu tiada masa “selesa” lagi untuk menunggu parti-parti Melayu bertindak.
“Perkasa akan memikul tanggungjawab menggerakkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, di mana adalah jelas masyarakat Cina menerusi DAP cuba mahu mengambil alih kuasa politik Melayu,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam tulisan ruangan Cuit kelmarin, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.
Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain “semua sudah.”
“Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia,” katanya.
Dia berkata slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.
“Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini,” katanya lagi.
Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.
Kata Zaini, “sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.”
Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa “1Melayu, 1Bumi.”
Ahad lalu, edisi Mingguan Malaysia menggesa Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlalu “pemurah” dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak.
Mingguan Malaysia, yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan “mengubah kerajaan negeri” sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.
BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.
Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.
Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undi popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu.
“Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud.”
Awang Selamat berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi.
“Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP,” kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia.
Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.
Kemudian, Dr Mahathir mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti “virus rasisme Cina” yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat, yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.
Kata beliau, pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak.
Dalam responsnya hari ini, Dr Mahathir berkata gerakan sedemikian akhirnya akan membawa kepada sistem dua parti di mana setiap satu akan didominasi oleh satu kaum sahaja.
“Jika kita teruskan dengan ini, akan wujud sistem dua parti... jika satu sebelah didominasi kaum Melayu dan satu lagi oleh Cina, maka ia adalah tidak baik,” kata bekas pengerusi BN dan bekas presiden Umno ini.
Ini kali pertama Dr Mahathir yang juga penaung Perkasa melahirkan pandangan yang bertentangan dengan pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang mahu membela hak dan keistimewaan orang Melayu itu.

Sumber : Malaysia Insider

Jumaat, 25 Mac 2011

Eskay didakwa sakit hati kerana jambatan bengkok


Seorang bekas pengawal peribadi mendakwa kontroversi video seks politik yang terbaru muncul kerana ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berang dengan ketua umum PKR yang enggan membalas 'jasanya'.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat dengan seorang menteri mendakwa Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.

NONEMahti, seorang anggota Unit Tindakan Khas polis yang kemudiannya berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada bekas timbalan menteri dalam negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, adalah antara saksi dalam kes berkenaan.

Dalam keterangannya, Mahti berkata Megat Junid telah menyerahkan surat tawaran daripada Unit Perancangan Ekonomi kepada Eskay bagi membantu projek berkenaan diserahkan kepada Merong Mahawangsa Sdn Bhd.

Eskay menyaman Merong Mahawangsa dan pengarahnya Datuk Yahya Abdul Jalil sebanyak RM20 juta kerana melanggar syarat kontrak.
Tambak Johor
"Hanya selepas itu, saya tahu Eskay ditawarkan projek bagi membina jambatan baru menggantikan tambak Johor,” katanya kepada mahkamah.

Menurut Mahti, beberapa hari sebelum tayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berjumpa dengannya dan memohon sama ada beliau boleh mendapatkan perkhidmatan empat anggota Unit Tindakan Khas (UTK).
NONENamun, Mahti berkata beliau tidak mahu terbabit dengan apa yang dirancang oleh Eskay dan memaklumkan kepada ahli perniagaan itu beliau enggan mendengar sebarang butiran perkara tersebut.

Mahti juga berkata ahli perniagaan yang mempunyai hubungan yang meluas itu memberitahunya tayangan video lucah itu mendapat sokongan orang 'nombor satu'.
“Dia bagitau dia buat ini untuk "number 1" itu dari mulut dia sendiri. Saya tak percaya dan tak mahu terlibat. ...dia nak cerita keburukan Anwar tapi saya tak nak dengar, takut terjebak," katanya.
Mahti bagaimanapun berkata beliau tidak mempercayai Eskay dan berpendapat Najib tidak terbabit dengan video seks itu seperti yang didakwa oleh Eskay.
Sayang Najib

“Saya sayang Najib dan takut dia ni cuba nak kaitkan Najib,” katanya.
Menurut Mahti, Eskay juga cuba memburuk-burukkan bekas timbalan perdana menteri itu tetapi tidak diendahkannya.
NONE"Lepas saya beri keterangan kita ada keluar makan dia marah-marah pasal Anwar, sebab tak mau jadi saksi dia.

“Dia maki hamun Anwar, kata apa jadi pun saya akan jatuhkan Anwar. Dia kata Anwar ada ambil duit yang sepatutnya untuk dia.

“Dia kata dia dah banyak tolong Anwar. Anwar tak guna, sedangkan dia tolong macam-macam. Dia kata dia bawa Anwar ke Singapore guna kereta kerabat diraja Johor pada tahun 90an pergi buat DNA. Shamsidar dan anak-anak semua dia bawa tiba-tiba Anwar tak mau bantu dia," katanya dengan panjang lebar.
Menurut Mahti lagi, Eskay juga membawanya ke rumah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

“Shuib nampak keberatan. Orang tua orang baik, saya kenal dia,” katanya.
azlanDitanya oleh wartawan sama ada beliau diminta oleh Anwar bagi mengadakan sidang akhbar hari ini, Mahti berkata tidak ada sesiapa yang mengarahkannya berbuat demikian.

“Lillahi Taala saya tak jumpa Anwar atau Anwar (ada) panggil saya. Apa saya buat ini sebab dia manusia tak kenal budi... pembohong besar. Tak ada siapa yg suruh,” katanya.
Selain Eskay dan Shuib, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Sumber : Malaysiakini

Rahim, Eskay nafi ditahan, Shuib di Bukit Aman


Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, masing-masing menafikan mereka ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal dengan seorang wanita.

NONELaporan the Star Online hari ini berkata kedua-dua mereka dipercayai ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.
"Apa? Saya tak tahu yang saya ditangkap. Sekarang ini saya di rumah. Saya hanya ke (ibu pejabat) polis malam tadi bagi membantu siasatan mereka dan setelah beri keterangan, saya pulang ke rumah.

"Tiada disebut mereka mengenai tangkapan. Mungkin mereka (the Star) anggap beri keterangan malam tadi sebagai tangkapan. Saya tidak tahu. Saya di rumah,” kata Rahim.
Eskay pula yang sedang tidur, ketika dihubungi melalui telefon juga terkejut apabila diberitahu mengenai laporan portal berita itu.

NONE"Malam tadi, saya hari beri kenyataan mengikut Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah). Saya serahkan rakaman video dan itu sahaja. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pulang lebih awal selepas kenyataannya dirakamkan. Saya pulang kemudian selepas menyerahkan barangan berkenaan untuk siasatan polis.

"Saya tidak tahu banyak mengenai prosedur polis kerana jarang berurusan dengan mereka (polis). Namun, saya tidak fikir yang sama ditahan. Saya tidak menandatangani apa-apa dokumen.
Sedang tidur

“Saya sekarang di rumah dan sedang tidur bila awak telefon. Saya deman selesema akibat terkena hujan lebat semalam. Maaf, saya agak pening kerana demam,” kata Eskay (kiri).
Sementara itu, akhbar harian berbahasa Cina hari ini melaporkan Datuk Shuib Lazim - datuk ketiga dalam kumpulan 'Datuk T' - dibawa dari rumahnya di Sungai Petani, Kedah ke Bukit Aman.

Menurut isteri Shuib, polis datang dengan menaiki kereta peronda. Adalah dipercayai beliau sedang memberi keterangan di Bukit Aman.

NONEIsnin lalu, Rahim dan Eskay yang menamakan kumpulan mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim sebagai 'Datuk T' mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara.
Semalam, Rahim yang juga bekas ketua pemuda Umno memberi keterangannya kepada polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kepada polis.

NONESelain itu, beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Selain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah Eskay.
Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul (kiri) juga memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bukan dua lelaki yang dilaporkan ditahan polis itu.

Johari sebelum ini pada sidang akhbarnya mengakui menonton pita video lucah yang ditunjukkan kepadanya oleh kedua-dua Rahim dan Eskay pada Isnin lalu.

Sumber : Malaysiakini

Video lucah dan dosa politik

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.

Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.

Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka.

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini.

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).
Aib peribadi
Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf.

Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi - sekalipun mungkin benar - adalah berat di sisi agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."
Bukan bukti Asas
Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain.

Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.
Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih (bermaksud):

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, hal 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).
Berbeza Dengan Kes Kezaliman
Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa.

Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa.

Itu pun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).
Tidak Perlu Suruhajaya
Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah.

Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).
Ingatan
Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu.
|
Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12).


Bangkit generasi baru
Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti kerajaan Perlis. Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Isnin, 21 Mac 2011

Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.
Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Anwar menyifatkan dakwaan seks itu sebagai "fitnah jahat" dan "jijik" yang "diselaras di peringkat kuasa tertinggi."
Katanya, lagi, tuduhan berkenaan juga bertujuan mengaibkan beliau dan keluarganya.
Pada masa video itu dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anak dan cucu-cucunya.
Perut lebih buncit
Katanya, beliau juga telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan bahawa beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

anwar pc on sex video alledge 210311Tambahnya, beliau juga telah merekodkan tulisannya di Twitter pada tempoh berkenaan "supaya boleh memperkukuhkan hujah (beliau)."
Sambil tersenyum Anwar juga berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding beliau.
"Memang diberitahu kepada saya bahawa gambar itu mirip kepada gambar saya.
"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit dari saya," katanya yang disambut gelak ketawa oleh para pemimpin PKR yang turut hadir di sidang media berkenaan.
Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau tidak mengetahui siapakah "Datuk T" yang dilaporkan terlibat dengan tayangan video berkenan.
Akan lapor polis
Ketika ditanya, Anwar berkata beliau akan membuat laporan polis sebaik mengenalpasti siapakah pihak yang bertanggungjawab membuat tayangan berkenaan.
"Saya sedang merujuk kepada peguam untuk melihat apakah isunya. Saya belum melihat (video itu), saya tidak tahu siapa pembuatnya, saya tidak tahu sama ada ia akan diedarkan," katanya.
Dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, beliau turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "serangan fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."
"Visual yang ditayang tengahari di Carcosa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan saya, PKR dan Pakatan Rakyat.
"Kita tentu menuntut kepada pimpinan politik negara dan musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan politik kotor dan lucah ini.
"Jangan heret rakyat dan negara terjebak dalam politik kotor dan lucah kamu," katanya lagi yang membacakan satu kenyataan.