Image © AFP
Pemain negara Mohammad Safee Sali (Kiri) diberi asakan pemain Hong Kong, Wong Chin Hung semasa perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada 9 Februari 2011. Gambar arkib
Pemain negara Mohammad Safee Sali (Kiri) diberi asakan pemain Hong Kong, Wong Chin Hung semasa perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada 9 Februari 2011. Gambar arkib
Penyerang berbisa dari Terengganu Abdul Hadi Yahaya menjadi wira buat negara apabila menyumbat gol penyamaan sekaligus menyelamatkan daripada tewas kepada HK.
HK hampir mengejutkan Malaysia seawal babak separuh pertama namun mujurlah hantaran dari Lee Wai Lim gagal disudahkan oleh penyerang Chan Siu Ki serta berjaya dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pemain pertahanan negara.
Percubaan terbaik negara hadir pada minit ke-35 menerusi tandukan bebas oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak di dalam kotak penalti lawan tetapi malangnya ia sekadar melintasi palang gol lawan.
Kedudukan 0-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Separuh masa kedua menyaksikan aksi rancak dan bertenaga dipamerkan oleh pemain kedua-dua pasukan yang memburu gol pembukaan.
Usaha HK akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-60 apabila Chan berjaya menyudahkan hantaran cantik Lee Wai dari sebelah kanan padang dengan satu tandukan menarik untuk menewaskan penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee Allawee Ramli.
Namun, kelebihan itu tidak kekal lama apabila penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-66 menerusi rembatan jarak dekat bagi menyamakan kedudukan 1-1.
Skuad kebangsaan terus memberikan tekanan dan mengasak pasukan tuan rumah dan pada minit 73 Safiq Rahim hampir menyumbat gol kemenangan buat negara namun rembatannya ditepis keluar penjaga gol Wei Zhao yang beraksi hebat pada perlawanan malam tadi.
Kedudukan seri 1-1 kekal hingga tamat permainan yang menyaksikan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh malam tadi.
Sumber : Astro Arena
Tiada ulasan:
Catat Ulasan