Sabtu, 5 Februari 2011

ANUAR MUSA BIDAS PEGAWAI TERTINGGI FAM


Selepas Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad mengeluarkan kenyataan bahawa FAM ingin menghantar player negara ke Japan,Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa pula mengeluarkan kenyataan berbeza dan jika ditafsirkan mcm bg "smash"kat azzuddin....aduh.. pe lah punye setiausaha cam ni...dari dulu sering bg kenyataan bercanggah dgn FAM... berikut dibawah kenyataan dipetik dari Utusan Online ...

Pemimpin peringkat tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta tidak 
mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat 'separuh masak' kepada media bagi program yang belum mendapat persetujuan daripada Exco badan induk bola sepak negara itu.
Peringatan tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa ekoran laporan media mengenai cadangan FAM untuk menghantar tiga pemain negara untuk menimba pengalaman dalam Liga Jepun (Liga-J) yang disiarkan kelmarin.
Tanpa mahu menujukan teguran tersebut kepada mana-mana individu, Annuar berkata, kenyataan itu sepatutnya diperhalusi terlebih dahulu kerana boleh mencetuskan polemik di kalangan pemain, persatuan bola sepak negeri dan penyokong yang terlibat.
''Mana-mana pemimpin dalam FAM sepatutnya kena maklumkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Eksekutif yang lain sebelum keluarkan kenyataan kepada media.
''Kenyataan 'separuh masak' seperti ini boleh mencetuskan keresahan di banyak peringkat sedangkan ia masih belum pasti jadi atau tidak.
''Buat pemain yang terlibat, mereka pasti keliru kerana masih terikat dengan kontrak dengan pasukan negeri, sementara persatuan negeri pula sudah tentu resah kerana bimbang akan kehilangan tonggak utama pasukan," katanya yang menghubungi Utusan Malaysia, semalam.
Kelmarin Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata, FAM dalam perancangan menghantar tiga pemain menjalani pemilihan ke Liga Jepun (Liga-J) dan sedang menunggu jawapan daripada Persekutuan Bola Sepak Jepun (JFA).
Tiga pemain terbabit ialah dua tonggak Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahrul Idlan Talaha serta penyerang Selangor, Safee Sali yang dikhabarkan bakal berhijrah ke Indonesia bulan ini.
Idea itu timbul semasa pertemuan pada Kongres AFC di Doha pada 6 Januari lepas melibatkan seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Setiausaha JFA, Kohzo Tashima.
Annuar menjelaskan biarpun FAM merupakan badan induk bola sepak negara, ada sesetengah perkara masih tertakluk kepada kepentingan persatuan bola sepak negeri.
''Sebagai contoh apabila ia melibatkan kontrak pemain, persatuan negeri mempunyai hak kepada pemain tersebut dan FAM tidak boleh membelakangi hak tersebut.
''Sepatutnya ia harus mengikut saluran yang betul melalui persatuan bola sepak negeri sekiranya mahu membawa pemain berkenaan bermain di luar negara seperti mana yang dilakukan oleh Selangor terhadap Safee Sali," jelasnya.
Selain itu, beliau berkata mungkin terdapat banyak masalah buat Safee Sali jika JFA memberikan jawapan positif, memandangkan penyerang Selangor itu dikatakan hampir pasti ke Liga Super Indonesia (ISL).
''Jika Safee sudah bermain di sana, saya fikir amat sukar dia dapat memenuhi tuntutan berkenaan, memandangkan dia sudah ada kontrak dengan sebuah kelab di luar Malaysia," katanya.

Sumber : Utusan online

Norshahrul, Fahmi, Safee akan beraksi di Liga-J






FAM merancang untuk menghantar tiga pemain, Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali untuk menjalani pemilihan oleh kelab-kelab dalam Liga Jepun.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah merancang untuk menghantar tiga pemain, Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali untuk menjalani pemilihan oleh kelab-kelab dalam Liga Jepun (Liga-J).
FAM menyenaraikan ketiga-tiga calon tersebut selepas mereka mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang saingan Piala Suzuki AFF baru-baru ini.
Bagaimanapun, idea penghantaran pemain Malaysia ke Jepun timbul pada Januari tahun lalu ketika berlangsungnya Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Doha.
Kini pihak FAM menunggu keputusan daripada Persekutuan Bola Sepak Jepun (JFA) mengenai perkara itu.
Antara kelab-kelab terbaik dalam Liga-J ialah Gamba Osaka, Urawa Reds, Kashima Antlers, Jubilo Iwata dan Nagoya Grampus.

PAS setuju Nik Aziz dialog dengan Majlis Fatwa



Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 5 Feb: PAS menyokong penuh kesediaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk berdialog dengan  Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK)  sekiranya MFK mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

"Kalau boleh biarlah disiarkan secara langsung supaya orang ramai menjadi hakim dan boleh buat penilaian antara dua pihak," kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad.

Umno, katanya, bolehlah mengumpul ulamak yang ada dalam parti itu untuk turut serta supaya selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS.


Bagi beliau, tindakan yang diambil oleh Tuan Guru Nik Aziz menepati dengan sejarah peradaban Islam untuk  mencari kebenaran.

"PAS yakin dengan kemampuan Mursyidul Am dari segi keilmuan dan amalan yang memang telah teruji dan terbukti.

"Sebenarnya tindakan  Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah," tambah Idris.

Kata beliau, selama ini pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan PAS  membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan.

Malangnya, tambah beliau, segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN. Segala  tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk PAS menjawab balik.

PAS mengharapkan kesediaan Tuan Guru Nik Aziz untuk berdialog akan disambut dengan baik, jangan pula sampai waktu dan ketika maka diumumkan anak bulan tidak kelihatan, maka dialog dibatalkan, katanya lagi bimbang.

REVIEW EPL...... PERLAWANAN TUMPUAN MINGGU INI....

            
PERLAWANAN yg dinantikan oleh semua makhluk manusia yg gilakan EPL.... Ramai yg ingin saksikan ayam tambatan yg baru dibeli liverpool dari Ajax..Luis Suarex.Selepas dibeli dgn harga rm 113 juta kemampuan Suarez memang tidak diragui, menjaringkan gol pada perlawanan Debutnye ketika menentang stoke city tempoh hari.Chelsea. hah mungkin ramai ingin saksikan Torres hy nmenimbulkan perasaan yg sakit jiwa dikalangan die hard fans liverpool...adekah beliau dibg sambutan istimewa oleh player liverpool?.hahhaa...sama2 kiter saksikan.
squads
Chelsea: Cech, Ferreira, Bosingwa, Terry, Ivanovic, Luiz, Bruma, Cole, Mikel, Essien, Lampard, Ramires, McEachran, Kalou, Malouda, Torres, Anelka, Drogba, Turnbull.
Liverpool: Reina, Kelly, Skrtel, Agger, Johnson, Lucas, Gerrard, Meireles, Rodriguez, Kuyt, Suarez, Gulacsi, Kyriakos, Carragher, Aurelio, Shelvey, Ngog, Poulsen, Wilson.

Debut....

blog ini diwjudkan hanya untuk berkongsi ceriter2 yg berlaku dari kaca mata aku....aku tak memaksa sesiapa membaca..tp kalau nak ikut blog ini..ribuan penghargaan aku ucapkan..ini cuma permulaan..nantikan byk lagi pendedahan dan ceriter hot yg dipapaprkan!  Pengenalannye adalah jadual EPL......dan review....

EPL MATCH MLM INI DAN ESOK!

Stoke Cityvs  Sunderland5 Feb 20:45 Britannia Stadium
Aston Villavs  Fulham5 Feb 23:00Villa Park
EvertonvsBlackpool5 Feb 23:00Goodison Park
Manchester Cityvs West Bromwich Albion5 Feb 23:00City of Mcr. Stadium
Newcastle Unitedvs  Arsenal5 Feb 23:00St. James' Park
Tottenham HotspurvsBolton Wanderers5 Feb 23:00White Hart Lane
Wigan Athleticvs Blackburn Rovers5 Feb 23:00DW Stadium
Wolverhampton Wanderersvs Manchester United6 Feb 01:30Molineux