Sabtu, 5 Februari 2011

Norshahrul, Fahmi, Safee akan beraksi di Liga-J






FAM merancang untuk menghantar tiga pemain, Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali untuk menjalani pemilihan oleh kelab-kelab dalam Liga Jepun.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah merancang untuk menghantar tiga pemain, Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali untuk menjalani pemilihan oleh kelab-kelab dalam Liga Jepun (Liga-J).
FAM menyenaraikan ketiga-tiga calon tersebut selepas mereka mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang saingan Piala Suzuki AFF baru-baru ini.
Bagaimanapun, idea penghantaran pemain Malaysia ke Jepun timbul pada Januari tahun lalu ketika berlangsungnya Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Doha.
Kini pihak FAM menunggu keputusan daripada Persekutuan Bola Sepak Jepun (JFA) mengenai perkara itu.
Antara kelab-kelab terbaik dalam Liga-J ialah Gamba Osaka, Urawa Reds, Kashima Antlers, Jubilo Iwata dan Nagoya Grampus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan