Sabtu, 19 Februari 2011

Kelantan bernasib baik



Perlawanan pembukaan Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam ini nyata memihak kepada Kelantan selepas menang keatas Terengganu T-Team 6-5 menerusi sepakan penalti.
Penalti menjadi penentuan pada perlawanan itu apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga masa penamat, sebelum pemburuan gol kemenangan pada 30 minit masa tambahan turut tidak berhasil.
Pada 90 minit perlawanan berlangsung, Kelantan di bawah pimpinan Datuk M. Karathu terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi pemain Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid yang menanduk masuk hasil sepakan sudut pada minit ke-50.
Di minit ke-60 perlawanan pula, pemain T-Team yang juga bekas pemain Kelantan pada musim lalu, Indra Putra Mahayuddin berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan cantik. Dua minit kemudian, T-Team sekali lagi memperoleh peluang menerusi Indra, namun pemain itu gagal menyempurnakan selepas tandukan lemahnya mudah diselamatkan Khairul Fahmi.
Kelantan pula turut mempunyai peluang keemasan pada minit terakhir pemainan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti. Tetapi ia dipersia-siakan oleh Norshahrul Idlan Talaha selepas sepakan yang diambilnya melambung tinggi.
Selain Indra, pemain Azizi Mat Rose dan Mohd. Norfarhan Muhammad yang membarisi skuad Kelantan musim lalu bermain cemerlang pada malam ini.
T-Team yang masih lagi tidak memperoleh kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini dilihat mempamerkan prestasi sebenar pada malam ini, meskipun tewas kepada Kelantan.

Sumber : Astro Arena

Raja Ahmad terus minta FAM kaji pemain import


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta menimbangkan semula cadangan membenarkan setiap pasukan dalam Liga Super mendapatkan khidmat pemain import.

Anggota Jawatankuasa FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata langkah itu adalah lebih berkesan dalam membangunkan mutu bola sepak negara kerana ia melibatkan keseluruhan pasukan.

"Adalah lebih baik memberikan kebenaran kepada pasukan Liga Super mendapatkan khidmat pemain import kerana ia dapat memberi pendedahan kepada pemain muda dalam pasukan untuk terus maju," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata ia lebih sesuai dalam keadaan sekarang di mana banyak pasukan Liga Super mempunyai pemain muda yang berbakat dan mereka memerlukan pendedahan dalam sukan itu.

Katanya sekiranya pemain muda mendapat pendedahan yang cukup maka mereka akan lebih berani untuk mencuba nasib mereka di liga Eropah seperti pemain dari benua Afrika.

"Hampir 75 peratus pemain dalam Liga Inggeris pada masa ini adalah dari Afrika dan sukan ini boleh lumpuh sekiranya mereka pulang ke negara masing-masing," katanya.

Raja Ahmad berkata FAM kini sedang dalam proses membawa perubahan dalam meningkatkan kualiti sukan bola sepak dan mereka perlu berani membuat perubahan drastik bagi menuju ke arah itu.

"FAM kena memikirkan jalan terbaik sama ada membenarkan pemain import datang ke sini atau menghantar pemain muda kita ke liga yang lebih besar untuk meningkatkan mutu permainan mereka," katanya.

Katanya adalah tidak mustahil untuk pemain tempatan beraksi dalam liga Inggeris, Sepanyol dan Belanda pada masa depan.

Selasa, 15 Februari 2011

Cech nafikan kemenangan Fulham


Aksi hero Petr Cech menafikan sepakan penalti Fulham pada masa kecederaan untuk membolehkan pasukannya, Chelsea berkongsi mata dalam pertemuan musuh berjiran itu.

Pertahanan baru The Blues, David Luiz yang bermain baik sepanjang perlawanan nyaris mengalami mimpi ngeri selepas dia mengasari lawan dalam kotak penalti namun Clint Dempsey yang ditugas mengambil sepakan itu gagal menyempurnakannya.

Didier Drogba diletakkan dalam bangku simpanan bagi memberi laluan kepada Fernando Torres beraksi dalam kesebelasan utama.

Torres terlepas sekurang-kurangnya empat peluang di depan gol untuk membantu Chelsea kembali di kelompok empat pasukan terbaik.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti itu kini ketinggalan 12 mata dengan pendahulu, Manchester United. 

Sumber : Astro Arena

Jumlah hari Saiful tidak mandi bercanggah

NONE

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini didedahkan dengan keterangan yang bercanggah oleh saksi pihak pendakwaan berhubung jumlah hari Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mandi atau tidak mencuci punggungnya.
Dalam keterangan terdahulu, saksi pihak pendakwaan menjelaskan Mohd Saiful tidak mandi atau tidak mencuci punggungnya selama empat hari, tetapi hari ini hanya dinyatakan selama dua hari sahaja.
Pakar jagaan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Khairul Nizam menjelaskan, Saiful tidak mandi, tidak membuang air besar dan tidak mencuci punggungnya selama dua hari disebabkan kesakitan pada bahagian anusnya. 
Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan peguambela S N Nair sebagai sebahagian bukti Saiful benar-benar diliwat oleh seseorang yang didakwa oleh Saiful seorang tokoh terkemuka, Anwar Ibrahim, dalam perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini
Sementara sebelum itu, peguam pasukan pembela kes liwat Anwar menegaskan tiada bukti air mani dikesan pada Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana tiada ujian yang sewajarnya dijalankan untuk memastikan perkara tersebut.
Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair berkata, meskipun keputusan makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan adanya kesan air mani, tetapi tiada ujian-ujian yang standard dijalankan untuk mengesahkan perkara itu.
Menurut beliau, laporan kimia juga tidak mengambil kira ujian-ujian standard yang harus dijalankan untuk menentukan sebarang kehadiran air mani.
Dalam soalannya kepada ahli patologi forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng, beliau berkata, di peringkat antarabangsa terdapat ujian-ujian yang standard seperti itu yang diamalkan seperti PSA 'antigen' dan RSID yang akan memberi gambaran tepat mengenai air mani.
Dengan merujuk kepada laporan kimia, Sankara berkata, laporan kimia juga menunjukkan bahawa kesan air mani sendiri ada ditemui pada seluar dalam dan seluarnya.
“Bagaimanapun perkara ini tidak dicatatkan oleh anda?” soal Sankara yang turut diakui oleh Dr Siew bahawa beliau memang tidak mengambil catatan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan hari ini menetapkan perbicaraan akan disambung pada hari Rabu ini mulai jam 8.30 pagi.
Turut hadir dalam perbicaraan hari ini peguam Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Peguam Sankara ketika bercakap kepada pemberita kemudian berkata, keterangan yang bercanggah dari saksi pendakwaan mengenai jumlah hari Saiful tidak mandi atau tidak mencuci badannya itu, pasti akan memudahkan pihaknya mengemukan hujah-hujah lebih konkrit dalam perbicaraan akan datang.
 

Isnin, 14 Februari 2011

Suhaidi umum persaraan daripada Cub Prix

Image © Global PR
Mohd Suhadi Ali Rahmat mengumumkan persaraannya daripada menyertai Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

KUALA LUMPUR, (D5) - Salah seorang pelumba berpengalaman Cub Prix tanah air, Mohd Suhadi Ali Rahmat mengumumkan dia tidak akan menyertai saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini yang bakal menyingkap tirai di Alor Setar, Kedah awal Mac depan.

Walau bagaimanapun, bekas pelumba pasukan Harian Metro SCK Honda Racing itu yang berkedudukan tempat ke-11 dalam carta keseluruhan kelas CP130 musim lalu tidak akan meninggalkan dunia perlumbaan sepenuhnya. Sebaliknya dia akan mengalihkan tumpuan dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Lumba Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) serta Malaysia Super Series (MSS) musim ini.

“Ya…saya tidak akan beraksi  di arena Cub Prix musim ini untuk memberikan fokus di dalam kelas SuperSports 600cc. Tidak dapat dinafikan saya agak keberatan untuk meninggalkan kejuaraan ini setelah sekian lama terlibat sejak tahun 2002 tetapi perubahan ini mungkin dapat memberi sinar lebih baik buat karier saya," ujar Suhadi ketika dihubungi di Sungai Buloh.

Bagaimanapun, kerja keras dan pengorbanan Suhadi selama sembilan tahun tidak sia-sia ekoran kejayaannya memenangi gelaran juara Expert 2006 ketika usianya baru mencecah 21 tahun.

“Memenangi makhota Expert cukup hebat buat mana-mana pelumba termasuk saya. Ini kerana bersaing dalam kategori perdana cukup sukar apatah lagi terpaksa bersaing dengan ramai pelumba berpengalaman lain.

“Saya rasa, kejayaan ini sudah memadai buat karier saya. Biarlah saya menukar haluan lain dan meletakkan perlumbaan SuperSports 600cc selaku cabaran baru,” jelas Suhadi yang satu ketika dulu terkenal dengan gelaran Raja Motocross di awal karier pemotorannya.

Suhadi turut menjelaskan pengundurannya tepat pada masanya kerana saban tahun, lebih ramai bakat muda menyertai Kejuraan ini.

“Setiap tahun semakin ramai pelumba muda menyertai Kejuaraan Cub Prix. Mereka cukup berbakat dan mempunyai potensi besar berbanding saya. Oleh itu, saya berpendapat, pengunduran saya akan membuka peluang buat pelumba-pelumba muda ini melangkah lebih jauh," ujar Suhadi.

Pentas SuperSports 600cc walau bagaimanapun bukan sesuatu yang baru buat Suhadi. Sebaliknya, dia sudah pun menimba pengalaman di dalam kategori itu apabila mewakili pasukan Malaysia di dalam Kejuaraan ARRC dari tahun 2002 hingga 2004.

Sejak itu, Suhadi sering dilihat bersaing di dalam MSS. Hanya musim lalu dia beraksi sepenuh musim di atas jentera Honda di mana dia berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan.
 Sumber : Astro Arena

LIGA SUPER 2011 - T-TEAM MASIH MENCARI

Selepas lengkap jadual perlawanan ketiga Liga Super Malaysia 2011 pasukan PBDKT T-Team (T-Team) masih lagi mencari kemenangan pertama mereka musim ini selepas dikalahkan 'di tempat sendiri' oleh pasukan Harimau Muda 'A' dalam pertemuan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.
Kekalahan 3-1 itu menyaksikan pasukan bimbingan Ketua Jurulatih, Yunus Alif masih lagi dengan satu mata yang dikutip pada hari pembukaan apabila mengikat Kedah di Alor Setar dalam perlawanan yang tidak menghasilkan sebarang gol. Namun begitu, T-Team berjaya juga mendaki satu anak tangga ke tangga ke 12 apabila kekalahan 4-1 Johor FC kepada Kelantan di Kota Bahru menjadikan perbezaan gol mereka lebih baik dari pasukan kelab dari Pasir Gudang itu.
Penutupan Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah juga sedikit sebanyak mempengaruhi aksi pasukan kelab dari Kuala Terengganu itu. Sebelum ini mereka juga gagal mengutip sebarang mata dalam perlawanan 'tempat sendiri' mereka di Paroi apabila tewas 3-1 kepada Negeri Sembilan.
Hasrat pasukan T-Team untuk mengutip tiga mata mula tergugat apabila Sivanesan menjaringkan gol pertama Harimau Muda hanya selepas tiga minit perlawanan berlangsung. Tugasan mereka bertambah sukar selepas setengah jam apabila Irfan Fazail menjaringkan gol kedua pasukan bimbingan Ong Kim Swee itu.
Seterusnya pemain yang turut beraksi dalam Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini, Mohamad Fadhli Shas mencatitkan namanya sebagai penjaring pada minit ke 53 sebelum Haris Safwan mengurangkan jurang jaringan pada minit ke 87. Kemenangan itu seharusnya menjadi pendorong kepada pasukan Harimau Muda yang akan memulakan usaha untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 apabila bertemu dengan Pakistan pada 23 Februari 2011 di Kuala Lumpur.
Namun buat T-Team ianya hendaklah dijadikan sebagai pelajaran bagaimana hendaklah menghidupkan enjin jentera kempen mereka ketika bertandang ke Kuantan untuk bertemu dengan Pahang pada perlawanan seterusnya pada 15 Februari ini.
Terengganu yang buat seketika berada di tempat kedua liga selepas kemenangan 3-1 ke atas Perlis pada hari Jumaat kini menduduki tempat ke lima. Jiran Terengganu, Kelantan yang mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Johor FC mendahului liga dengan perbezaan gol ke atas Perak yang turut mencatat kemenangan dalam pertemuan mereka bersama pendahulu liga sebelum itu, Negeri Sembilan.
Kemenangan Harimau Muda di atas melonjakkan mereka ke tempat ke tiga sementara Negeri Sembilan jatuh ke tempat ke empat. Selangor yang akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Terengganu pada hari Selasa ini diikat oleh pasukan ibukota Kuala Lumpur 1-1 di Shah Alam dalam perlawanan terakhir Safee Salee bersama 'The Red Giants' sebelum perpindahannya ke Pelita Jaya.
Keputusan itu meletakkan Kuala Lumpur dan Selangor di tempat ke enam dan ketujuh dengan masing-masing mengutip lima dan empat mata. Turut sama mengutip empat mata setakat ini ialah pasukan Felda United yang menewaskan Pahang 2-1, Sabah dan Kedah yang bertemu di Kota Kinabalu dengan keputusan memihak kepada pasukan tuan rumah 1-0 hasil jaringan Farid Idris.
Pahang menduduki tempat ke 11 dengan tiga mata hasil kemenangan hari pembukaan ke atas Harimau Muda sementara T-Team, Johor FC dan Perlis menghuni tiga tempat terbawah liga.
LSM-2011-02-12

Ujian atas saya kecil berbanding para Anbiya - Anwar

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ujian yang beliau terima sekarang sebagai kecil sahaja berbanding dengan ujian yang dihadapi oleh para Anbiya.

Justru itu, beliau yakin fitnah yang beliau hadapi ini akan lenyap juga akhirnya.

"Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua," kata Anwar.

Anwar berkata demikian dalam perutusan beliau sempena dengan Maulidur Rasul yang bakal disambut oleh umat Islam esok.

Sejak dipecat dari timbalan perdana menteri, Anwar tidak pernah berhenti dari menerima pelbagai tuduhan dari musuh-musuh politiknya.

Ia bermula dengan pentadbiran Tun Dr Mahathir apabila beliau didakwa meliwat pemandunya sendiri, Azizan Abu Bakar namun ditolak oleh mahkamah.

Menurut rakan-rakan rapat beliau, serangan terhadap Anwar bermula apabila beliau selaku Menteri Kewangan enggan menggunakan duit negara untuk membantu salah seorang anak Mahathir yang ketika itu sangat teruk dilanda masalah ekoran kegawatan ekonomi.

Kini Anwar sedang dituduh lagi meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Menurut sumber, tekanan kepada Anwar tidak akan berhenti sehinggalah beliau meninggalkan pentas politik tanahair.

Ini kerana, Anwar dianggap ancaman paling besar kepada penguasaan Umno dalam politik berikutan keupayaannya menyatu semua penentang Umno.

"Mengenangi Sayyidina Muhammad S.A.W dan perjuangan Baginda itu moga menambah rasa kecintaan yang mendalam serta dirahmati pula dengan suri teladan buat menjadi pedoman.

"Justeru membaca sirah Nabi S.A.W sentiasa menenangkan saya manakala terus ditohmah rekayasa musuh.

"Kerana itu saya mengambil kesempatan merenung serta meneliti kesabaran Junjungan Besar berhadapan dengan dugaan," kata Anwar dalam perutusan itu.

Beliau mengingatkan kisah bagaimana isteri Baginda Rasulullah juga pernah difitnah dalam peristiwa Al-Ifk.

"Kita pastinya tahu akan peristiwa Al-Ifk, kisah fitnah yang dilemparkan kepada Sayyidatina Aishah. Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga untuk tidak lekang mengharap belas ihsan serta pertolongan Allah S.W.T," tegas Anwar.

Anwar memetik ayat Al Quran surah Surah An Nur ayat 19 bagi memberikan peringatan kepada mereka yang gemar membuat tuduhan-tuduhan buruk.

Maksud surah itu adalah:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”

Sumber : Harakah

Ahad, 13 Februari 2011

Red Warriors rampas takhta liga

 Tonggak Kelantan, Norshahrul idlan talaha (kiri) berjaya menewaskan penjaga gol Johor FC Mohd Anis Faron pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu, 12 Februari 2011. Kelantan menang 4-1.

Kelantan merampas tempat teratas Liga Super daripada Negeri Sembilan setelah membelasah Johor FC 4-1 di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu malam tadi.
Skuad bimbingan Datuk M. Karathu berjaya menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan menghasilkan gol menerusi jaringan Nurul Azwan Roya pada mint ke-22, Nurshahrul Idlan Talaha (minit ke-71), Mohd Nizad Ayub (minit ke-78) dan gol sendiri oleh pemain Johor FC Mohd Ridwan Mao'n pada minit ke-50.
Sebelum itu Mohd Ridwan turut menyumbang gol sagu hati untuk Johor FC pada minit ke-25.
Dengan kemenangan malam ini, Red Warriors kini mengumpul tujuh mata selepas
tiga perlawanan.

Keputusan Astro Liga Super 2011 12.2.2011






 
 
 
KELANTAN
LAWAN
JOHOR FC
 
                  4
:
           1  
 
 
 
 
TERENGGANU T-TEAM
LAWAN
HARIMAU MUDA A
 
                  1
:
           3  
 
 
 
 
SELANGOR
LAWAN
KL
 
                   1
:
            1  
 
 
 
 
KL FELDA
LAWAN
PAHANG
 
                    2
:
           1  
 
 
 
 
PERAK
LAWAN
N.SEMBILAN
 
                   2
:
          0  
 
 
 
 
SABAH
LAWAN
KEDAH
 
                  1
:
         0  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
       






 
 



 
 


 
 


 
 


 
 


 
 


 
 


 
 


 
 


 
 


 
 


 
 


 
 


 
 


 
 


Rooney lebarkan penguasaan Man Utd

Image © AFP
Aksi gol kemenangan Manchester United yang diledakkan Wayne Rooney dalam pertemuan dengan Manchester City di Old Trafford.
Manchester United (MU) makin selesa di puncak EPL selepas gol akrobatik Wayne Rooney membantu pasukan itu memenangi pertemuan getir dengan musuh sejiran, Manchester City.

Pelawat turun dengan barisan terkuat dengan kehadiran Carlos Tevez yang sebelum ini diberitakan bergelut dengan kecergasan.

Nani terlebih dahulu meletakkan Red Devils di depan empat minit sebelum separuh masa pertama ditiupkan sebelum pemain gantian, Edin Dzeko mengubah suasana  perlawanan pada minit ke-65 dengan jaringan penyamaan.

Rembatannya dalam kotak penalti terkena belakang David Silva lalu mengelirukan Edwin van Der Sar.

Kegembiraan itu tidak lama apabila Rooney kembali meletakkan MU didepan apabila dia menyambut hantaran silang Nani dengan penuh bergaya.

Rembatan ala sepakan gunting itu deras menuju ke sudut kanan lawan untuk penjaga gol Man City, Joe Hart sekadar tercegat memerhati untuk MU menceriakan peminatnya dengan keputusan 2-1.

Arsenal mengambil kedudukan kedua selepas kemenangan selesa 2-0 ke atas Wolves yang menyaksikan Robin van Persie menjaringkan kedua-dua gol buat pasukannya.

Di Anfield, Liverpool gagal meneruskan meneruskan momentum kemenangan selepas sekadar seri 1-1 dengan Wigan Athletic. Selepas gol pendahuluan Raul Meireles, The Reds memperolehi beberapa peluang dan turut menyaksikan dua percubaan Luis Suarez yang beraksi dalam perlawanan penuh pertama menggegar tiang dan palang gol.

Sunderland gagal menyekat kemenangan 2-0 Tottenham Hotspur di tempat sendiri sungguhpun lawan mereka turun tanpa beberapa tonggak utama seperti Gareth Bale dan Rafael van der Vaart.

Aksi cemerlang Paul Robinson di depan gawang memastikan pasukannya, Blackburn Rovers berjaya mengikat Newcastle United 0-0.

Pertemuan Birmingham City dan Stoke City turut berakhir dengan hanya berkongsi mata selepas seri 1-1.

Dalam pergelutan di zon penyingkiran, West Ham yang menang dalam perlawanan terakhir terselamat apabila berjaya mengikat West Brom yang mendapat sentuhan jurulatih baru, Roy Hodgson dengan keputusan 3-3.

Sumber : Astro Arena

Keputusan EPL 12.2.2011

Premier League Home

 




Arsenal2-0Wolverhampton Wanderers15:00Emirates Stadium
Birmingham City1-0Stoke City15:00St. Andrews Ground
Blackburn Rovers0-0Newcastle United15:00Ewood Park
Blackpool1-1Aston Villa15:00Bloomfield Road
Liverpool1-1Wigan Athletic15:00Anfield
West Bromwich Albion3-3West Ham United15:00The Hawthorns
Sunderland1-2Tottenham Hotspur17:30Stadium of Light