PERLIS..1 Vs TERENGGANU..3
Satu perlawanan Liga Super telah berlangsung mlm td di stadium Kangar.Perlawanan antara tuan rumah Perlis menentang penyu berlangsung dgn suasana yg berat sebelah.Pasukan pelawat Terengganu secara keseluruhannya menguasai permainan dgn hantaran2 pendek dan bersahaja.Gol2 pasukan terengganu dijaringkan oleh Abd hadi yahya,Ashaari Shamsudin,dan Manaf mamat(pen).
Perlis yang berada di tangga tercorot dalam liga dilihat menunjukkan kesungguhan dan berjaya mengimbani permainan, tetapi ia masih tidak cukup untuk mereka mengekang kemaraan Terengganu.
Untuk rekod, Perlis masih tidak memperoleh sebarang mata biarpun sudah bermain dalam tiga perlawanan. Mereka bagaimanapun berjaya memperoleh gol pertama sejak memulakan kempen Liga Super musim ini menerusi rembatan kencang Hafiszuan pada minit ke-66.
Pada pertemuan itu, Ashaari dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan