Rabu, 23 Februari 2011

Pemain muda harapan United

Manchester United akan bergantung harap kepada pemain-pemain muda apabila berdepan kelab Perancis, Marseille dalam saingan Liga Juara-juara Eropah.
Kecederaan kepada Rio Ferdinand (betis), Ryan Giggs (hamstring), Michael Owen (pinggang), Jonny Evans (pergelangan kaki) dan Anderson (lutut) bermakna tugas berat kini menanti pemain-pemain muda.
Chris Smalling akan bermain sebagai pertahanan tengah bergandingan dengan kapten, Nemanja Vidic manakala Michael Carrick dijangka beraksi buat pertama kalinya dalam saingan Eropah semenjak pulih dari kecederaan.
Kembar dari Brazil, Fabio dan Rafael juga turut ke Perancis bersama-sama dengan Joshua King, Ryan Tunnicliffe, Gabriel Obertan dan Bebe.
Penyerang, Dimitar Berbatov pasti menjadi pemain tumpuan lebih-lebih usahanya mencari gol pertama dalam saingan Eropah musim ini selepas menghasilkan 19 gol di Liga Perdana.
Sepakan gunting Wayne Rooney ketika menang 2-1 menentang Manchester City pastinya memberi suntikan semangat untuknya beraksi lebih cemerlang.
Tetapi Rooney terpaksa berdepan dengan pemain pertahanan berpengalaman, Gabriel Heinze yang dahulunya juga rakan sepasukannya di United.
Heinze yang amat memahami gaya permainan Rooney sebelum dia ke Real Madrid pasti mempunyai taktik tersendiri untuk menyekat kemaraan Rooney.
Jurulatih Marseille, Didier Deschamps juga ada masalah kecederaan dalam pasukannya.
Marseille akan turun tanpa Loic Remy dan Brandao yang masing-masing cedera di pergelangan kaki manakala Andre-Pierre Gignac masih belum cergas.

Sumber : Astro Arena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan