Pasukan Kelantan terus mempertahankan rekod tanpa kalah biarpun terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Star malam ini.
Kelantan masih kekal di kedudukan teratas liga dengan mengumpul 11 mata selepas lima perlawanan.
Pasukan tuan rumah, Kedah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-56 menerusi Azlan Ismail.
Gol skuad bimbingan Datuk M. Karathu disumbangkan oleh Norsharul Idlan Talaha pada minit ke-78.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah menang tipis ke atas Kuala Lumpur 2-1.
Pasukan Terengganu yang menguasai permainan membuka jaringan pada minit ke-38 menerusi Abdul Hadi Yahya dan Mohamad Ashaari Samsudin pada minit ke-53.
Gol bagi pasukan pelawat dijaringkan Yong Kuang Yong pada minit ke-83.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan