Selasa, 8 Februari 2011

CUEPACS MAHU KERAJAAN WUJUDKAN GAJI MINIMUM BAGI PENJAWAT AWAM


Cuepacs meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutamanya kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.

"Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak mesti RM850 atau RM920, dan ini tak termasuk elaun, hanya gaji pokok.

"Kakitangan kerajaan sekarang ni, kalau ikut betul-betul gaji, memang belum sampai gaji minimum. Tapi disebabkan tambah elaun, maka sampai (paras gaji minimum)," katanya kepada pemberita selepas Bengkel Pemantapan Disiplin dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di sini, Isnin.

Beliau berkata gaji yang rendah boleh mengakibatkan produktiviti pekerja terjejas terutamanya apabila mereka melakukan pekerjaan sambilan.

Justeru, Omar berkata kerajaan perlu menyemak semula gaji minimum bagi penjawat awam dan menyelaraskannya dengan sektor swasta untuk mengelakkan perkara melibatkan disiplin pekerja itu berlarutan.Kali terakhir kerajaan membuat semakan gaji ialah pada Mei 2007.

Omar juga berharap Makmal Gaji Minimum yang akan berlangsung esok dapat mencari rumusan terbaik masalah gaji yang rendah di kalangan penjawat awam.

Makmal tiga hari itu yang akan berlangsung pada 8, 11 dan 14 Feb di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dijangka dapat mencapai kata sepakat berhubung cadangan penetapan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan.

Mengenai isu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan dimansuhkan Jun depan, Omar berkata bahagian kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi mencari bentuk penilaian baru yang sesuai berbanding konsep peperiksaan dalam PTK.

Isnin, 7 Februari 2011

Safee Sali sah ke Pelita Jaya...Liga Indonesia

 

Penyerang utama kebangsaan dan juga Red giant safee sali akhirnye sah bermain di liga indonesia.Menurut berita informer dari Indon,Safee sebenarnye telah menandantangani perjanjian pada 2 Februari lalu.Namun begitu beliau masih bermain  pada perlawanan Liga Super 12 Februari yg juga perlawanan terakhir beliau utk team selangor.Teka teki yg menyatakan Safee ke Persip Bandung hy satu Rumous....dan yang conform nye Safee akhirnye memilih team Pelita Jaya yg berkedudukan 3 terbawah dalam Liga indonesia setakat ini.Sewajarnye kita menyokong langkah berani Safee ini,bukan seperti sesetengah player kiter yg hanya mengimpikan bini selebriti dan eksyen je lebih kat padang tp main cam hampeh....Syabas sekali lagi utk Safee Sali menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di Liga Indonesia.

Jaringan tunggal Meireles hampakan Chelsea



Liverpool berjaya mempamerkan aksi mantap untuk membenam seteru mereka Chelsea 1-0 di Stamford Bridge lewat pagi tadi serta pada masa sama mengecewakan penampilan pertama bekas penyerang Fernando Torres.
Anak buah Kenny Dalgish bermain dengan penuh berdisiplin disamping mempertahankan kubu mereka dengan sebaiknya mungkin pada separuh masa pertama dan kedua untuk merekodkan kemenangan kedua sepanjang tujuh tahun turun beraksi di Stam. Bridge.
Raul Meireles muncul wira The Kop apabila menjaringkan satu-satunya gol pada minit ke-69 separuh masa kedua untuk sekaligus memberikan kemenangan bermakna.
Gol tersebut bermula dari gerakan menarik ketua pasukan Steven Gerard yang menghantar satu hantaran lintang cantik dan kemudiaannya disambar mudah Meireles yang tidak dikawal rapi benteng pertahanan Chelsea.
Bintang baru di Stamford Bridge, Torres gagal menyerlah malahan dia terpaksa dikeluarkan pada minit ke-65 untuk diganti dengan Salomon Kalou.
Di dalam satu lagi perlawanan antara West Ham United menentang Birmingham menyaksikan pasukan The Hammers tumpas tipis 1-0 di gelanggang sendiri. Gol tunggal tersebut dijaringkan oleh penyerang dari Serbia Nikola Zigic.
Kemenangan Liverpool ini melonjak mereka ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris manakala Chelsea pula berada di tangga keempat, ketinggalan sembilan mata dengan pendahulu Manchester United.

Ahad, 6 Februari 2011

Nik Aziz hanya mahu debat dengan orang bertauliah

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan beliau sedia berdebat tentang Islam dengan sesiapa saja, tetapi orang itu mestilah mempunyai kedudukan dan tauliah.

Nik Abdul Aziz lantas mempersoalkan kedudukan dan kredibilit Pengerusi Biro Agama Veteran Umno Kelantan, Prof Mohd Noor Deris yang ingin berdebat dengan beliau.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Nor menyatakan kegembiraannya kerana Nik Abdul Aziz menyahut cabarannya itu dan akan menghantar surat bagi tujuan itu dalam tempoh terdekat.

Ditanya mengenai kenyataan Mohd Noor itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam tidak melarang umatnya berdebat untuk mencari kebenaran dalam soal agama, malah ia digalakkan asalkan meletakkan al-Quran dan hadis sebagai "orang tengah".

“Saya sedia berdebat dengan sesiapa sahaja, asalkan mereka mempunyai tauliah dan ada kedudukan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Al-At'am, di Dataran Pasir Pekan, dekat Tumpat hari ini.

Menurutnya, isu perdebatan mengenai agama dengan ulama, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri sudah lama ditimbulkan tetapi tidak pernah menjadi kenyataan.

Beliau juga bersetuju suatu kaedah berkesan dicari bagi mengelakkan ia menimbulkan kesan buruk hasil perdebatan itu.

“Bagaimanapun, saya mahu kaedah perdebatan itu dibuat secara terbuka... bagi membolehkan orang ramai mengetahui dengan jelas mengenai topik yang menjadi persoalan," katanya.

Sementara itu, Badan Perhubungan Umno Kelantan menyokong debat antara Nik Abdul Aziz dengan pihak-pihak tertentu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Ulama Veteren Umno negeri itu, Prof Mohd Nor Deris.

Timbalan Pengerusi badan itu, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata debat itu termasuk dengan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi merungkai banyak kekeliruan yang ditimbulkan oleh menteri besar itu sebelum ini.

Mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz hari ini, Dr Awang yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata terserah kepada penganjur sama ada perdebatan itu diadakan secara langsung menerusi TV atau dalam dewan yang terkawal.

--Bernama

PLAYER JAPAN BERNILAI DI GERMANY...OKAZAKI SIGNS FOR STUGGART

Japanese Shinji Okazaki, right, new player for the German first divisioner VfB Stuttgart and the sports director of Stuttgart, Fredi Bobic pose at a press conference in Stuttgart, southern Germany Sunday Jan. 30, 2011. (AP Photo/DAPD Daniel Maurer)
TOKYO: Pemain yang baru dibeli Stuttgart, Shinji Okazaki muncul eksport bola sepak terbaru Jepun ke Jerman dengan Bundesliga mengambil ramai bakat terbaik negara Asia Timur itu dengan harga yang murah atau tanpa sebarang bayaran.
Penyerang itu adalah pemain keenam Jepun yang berhijrah ke Jerman selepas Piala Dunia Afrika Selatan, bukan hanya membuktikan status Jepun dalam permainan global tetapi juga membantu menghilangkan persepsi lama pemain Asia tidak boleh beraksi di liga Eropah.

Shinji Kagawa berpindah ke Borussia Dortmund Julai lalu dan sudah menjaringkan lapan gol memainkan peranan penting melonjakkan pasukan itu ke puncak carta Bundesliga.
Atsuto Uchida, Kisho Yano, Tomoaki Makino dan Hajime Hosogai sudah mengikut jejak langkah Kagawa yang berusia 21 tahun.

Dortmund mendapat Kagawa yang ternyata amat berbakat dengan harga murah - hanya 350,000 euro (RM1.4 juta).

“Kelab Jerman menyedari Jepun memiliki ramai pemain berbakat dan mereka tidak perlukan sebarang bayaran perpindahan,” menurut majalah sukan ternama Jepun, Number.

Stuttgart menunggu hingga kontrak Okazaki bersama kelab Liga-J, Shimizu S-Pulse berakhir pada hujung Januari sebelum mereka mengikatnya dengan percuma.

“Saya tidak rugi apa-apa dan saya yakin bertindak dengan baik. Saya lebih berasa gembira dan tidak tertekan,” kata penyerang itu sebelum meninggalkan lapangan terbang Narita, kelmarin. - AF

Harta Presiden Mesir AS$70 bilion?


SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak berhampiran Terusan Suez di Mesir.


KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.
Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.
Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.
Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.
Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.
Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.


Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.
Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.
Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.
Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.


Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).
Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).
Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.
"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.
Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.
Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama.

SUMBER: Kosmo online

Keputusan EPL ....Gameweek 26 ...5.2.2011

Stoke City 3 - 2 Sunderland  
Aston Villa 2 - 2 Fulham  
Everton 5 - 3 Blackpool  
Man City 3 - 0 West Brom  
Newcastle 4 - 4 Arsenal  
Tottenham 2 - 1 Bolton  
Wigan 4 - 3 Blackburn  
Wolves 2 - 1 Man Utd